Hot !

Janda Parah Di Tetak Bekas Suami Kerana Berebut Anak

Seorang wanita cedera parah selepas dipercayai ditetak bekas suaminya berpunca daripada perebutan anak di sebuah ladang kelapa sawit di Merlimau.

Janda Parah Di Tetak Bekas Suami Kerana Berebut Anak

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa, Siti Maheran Berahat, 41, cedera di kepala, tangan kanan dan kedua-dua belah kaki akibat tetakan suspek yang berusia 52 tahun tersebut.

Mereka telah bercerai lima tahun lalu dan memiliki tiga anak lelaki berusia empat hingga 13 tahun.

Sumber polis memberitahu, mangsa pada Khamis lalu telah datang ke rumah suspek untuk memujuk suspek membenarkan ketiga-tiga anaknya itu tinggal bersamanya, namun suspek enggan memberi kebenaran.

“Bagaimanapun pada Ahad lalu, mangsa sekali lagi datang ke rumah suspek dan semasa mangsa sedang berbual-bual dengan anaknya yang berusia 13 tahun, suspek yang ketika itu baru pulang ke rumah telah menerjah masuk dan terus mengambil sebilah parang pemotong daging.

“Pada masa sama, suspek mengarahkan mangsa dan tiga anak mereka menaiki sebuah motosikal secara berlima termasuk dirinya dan turut membawa parang tersebut yang diletakkan di dalam raga motosikal itu ,” kata sumber itu ketika dihubungi hari ini.

Tambah sumber, sejurus selepas kelima-lima mereka menaiki motosikal, suspek yang menunggang motosikal itu telah menuju ke sebuah ladang kelapa sawit kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Katanya, suspek kemudian menyuruh mangsa turun dari motosikal itu sementara tiga anak mereka berada di atas motosikal tersebut sebelum menetak mangsa.

Kata sumber itu, mangsa menjerit meminta kesemua anaknya melarikan diri.

Sementara Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Nur Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, polis yang mendapat maklumat kemudian melancarkan operasi memburu dan suspek berjaya ditangkap di Felda Bukit Puchong, Bera, Pahang kira-kira pukul 4 pagi hari ini.

“Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sebuah kilang di Merlimau kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah,” katanya.

sumber

0 Response to "Janda Parah Di Tetak Bekas Suami Kerana Berebut Anak"

Post a Comment