Dikala negara ingin mengurangkan
penggunaan beg plastik bagi menyelamatkan alam sekitar yang mana beg plastik
adalah paling susah untuk dilupuskan.
Namun lain pula di Taiwan jika
dilihat kini trend yang pelik di kalangan anak muda di Taiwan atau sekutunya
semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
Sebelum ini, kemunculan trend
tumbuhan kecil di kepala ternyata menjadi perhatian netizen di
Beijing.
Kini, anak-anak muda di sana
sekali lagi mencetuskan fenomena baharu dengan fesyen pelik iaitu baju mandi
daripada beg plastik yang menjadi ikutan ramai.
Trend ini khususnya menjadi ikutan
para gadis dan remaja di sana. Ia diperbuat daripada beg plastik yang selalu
digunakan.
Dengan menggunakan kepakaran
masing-masing, plastik dari kedai serbaneka 7-Eleven dilihat menjadi pilihan
ramai.
Fesyen terbaru itu mula menular
selepas seorang gadis memuat naik gambarnya di laman sosial facebook dan
rata-rata ‘memuji’ gadis itu kerana boleh menjadi duta alam
sekitar.
Namun ada juga masyarakat yang
mendakwa gadis tersebut hanya mahu menayang tubuh badannya kepada orang
ramai.
Entah apa yang menarik di mata
mereka tetapi hasilnya boleh dikatakan agak kreatif serta mendapat sambutan
orang ramai. Mungkin lepas ini mereka semua boleh jimat daripada membeli baju
renang untuk ke pantai. – MNH
0 Response to "(12 Gambar) Baju Mandi Dari Beg Plastik Trend Terkini Yang Tak masuk Akal Di Taiwan"
Post a Comment