Hot !

25 Negara Bantu Cari #mh370 Kerana Hubungan Akrab Dan Budi Baik Malaysia

Hubungan akrab serta budi yang ditabur Malaysia selama ini menyaksikan 25 negara tampil membantu dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Beliau berkata negara berkenaan juga sanggup memberikan komitmen untuk membantu operasi mencari tanpa meminta bayaran kerana Malaysia sebelum ini turut menghulurkan bantuan kepada negara lain bila diperlukan.


 


25 Negara Bantu Cari #mh370 Kerana Hubungan Akrab Dan Budi Baik Malaysia


25 Negara Bantu Cari #mh370 Kerana Hubungan Akrab Dan Budi Baik Malaysia


“Mereka melakukannya kerana budi baik Malaysia dan hubungan akrab dengan kita,” katanya semasa majlis makan malam bersama komuniti Malaysia di sini malam Jumaat.


Najib, yang tiba pada Khamis, sedang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Vietnam.


Perdana Menteri berkata Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang prihatin oleh negara lain kerana banyak menghulurkan bantuan kemanusiaan sebelum ini.


“Kita adalah negara yang prihatin… sekarang adalah masa untuk kita menerima bantuan. Sebelum ini, kita berada di samping mereka ketika taufan Haiyan membadai Filipina, tragedi tsunami di Acheh dan di mana berlaku gempa bumi, di situlah kita berada, kita membantu dunia dan kini adalah masa untuk mereka membantu kita,” katanya.


“Sesetengah daripada mereka berkata, apabila saya hubungi mereka: ‘beritahu kami apa yang kami boleh bantu? Malaysia banyak berbudi kepada kami pada masa lalu, ketika kami dalam keadaan memerlukan Malaysia bantu kami, kerana kami suka anda, kami suka Malaysia’, itulah sebabnya,” kata Najib.


Najib berkata ini antara perkara yang boleh dilakukan oleh usahawan Malaysia di negara asing – berbakti dan membina hubungan yang kukuh dengan rakyat dan kerajaan di negara itu.


“(Dengan) memahami sistem ini, kita akan lebih berjaya dalam perniagaan kerana apabila anda membina perhubungan, anda akan memahami bagaimana untuk menjayakan sistem itu dan anda akan dapat mengatasi sebarang halangan,” katanya.


Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac, dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.


Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.


Pada 24 Mac, iaitu hari ke-17 misi pencarian, Najib mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, dan usaha pencarian membabitkan pelbagai negara diteruskan di situ.


Pembabitan 26 negara itu membentuk operasi mencari dan menyelamat terbesar pernah dijalankan, yang menyaksikan kerahan ratusan aset termasuk kapal selam bagi membantu Malaysia mencari pesawat tersebut.

Sumber : Mstar


0 Response to "25 Negara Bantu Cari #mh370 Kerana Hubungan Akrab Dan Budi Baik Malaysia"

Post a Comment