KUALA LUMPUR: Pelakon Faizal Hussein terpaksa
mengelak daripada ditemuramah media berkenaan video lakonannya bersama Tun Dr
Mahathir Mohamad dalam filem Kapsul adalah disebabkan perjanjian dengan beberapa
pihak.
Faizal, 47, berkata, dia telah diminta oleh
pihak produksi agar tidak membuat sebarang kenyataan berkaitan babak tersebut
kepada media sebulan sebelum tarikh tayangan.
"Ramai wartawan telefon dan cari saya untuk
beri komen tentang babak itu, namun saya tidak menjawab penggilan kerana kalau
saya jawab sekali pun saya tidak boleh beri kenyataan tentang apa yang mereka
mahu.
"Bukan media tempatan sahaja, malah dari
Indonesia, Jepun dan beberapa negara lagi. Pihak produksi dan badan yang
bertanggungjawab membawa Tun tidak benarkan saya keluar kenyataan sebelum 17
Ogos," ujarnya kepada mStar Online.
Trailer filem Kapsul.
Faizal berkata demikian ketika diminta mengulas
tentang tuduhan enggan bekerjasama ketika diminta mengulas babak lakonanya
bersama bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Muhammad yang menjadi
viral di laman sosial.
Video trailer filem Kapsul yang berdurasi 30
saat itu menjadi viral apabila kali pertama penampilan Tun Mahathir sebagai
salah seorang pelakon filem itu.
Sementara itu, kata Faizal penglibatan Tun
Mahathir dalam produksi tersebut dipersetujui selepas lebih setahun filem
tersebut siap menjalani penggambaran.
Kata Faizal, babak bersama tokoh negarawan itu
terpaksa dilakokan semula yang mana pada asalnya dilakonkan oleh pelakon
Haryanto Hassan.
"Pada awalnya watak Tun dibawa oleh Haryanto
dan memang tidak sangka Tun setuju untuk berlakon selepas lebih setahun filem
itu siap. Oleh itu produksi terpaksa reshootsemula beberapa babak bersama Tun,"
ujarnya.
Dalam pasa itu, bercerita pengalaman berlakon
bersama Tun Mahathir, Faizal berkata ia bagaikan mimpi yang menjadi
kenyataan.
"Saya seperti tidak percaya kerana ia pada
awalnya hanya angan-angan sahaja, biarpun hanya beberapa minit sahaja babak itu,
namun ia sangat bermakna.
"Filem ini adalah menceritakan tentang ideologi
beliau dan pada penghujung cerita nanti beliau juga akan keluar dengan kereta
proton baharu," ujarnya.
Filem ini adalah hasil intepretasi pengarahnya
iaitu Allahyarham Martis Mohd Ali berkenaan isi kandungan yang tercatat dalam
kapsul tentang amanat Tun Dr Mahathir menjelang tahun 2020.
Filem Kapsul dibintangi oleh Datuk Rahim
Razali, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Adlin Aman Ramli dan Irfan Khairi itu bakal
menemui penonton seluruh negara mulai 17 September ini.
0 Response to "Faizal Hussein Diarah Kunci Mulut Kerana Tun Mahathir"
Post a Comment