Saya
berhubung dengan bekas kekasih lelaki Nigeria, ‘Jun’ melalui telefon awal hari
ini. Dia kedengaran mesra dan saya percayai Jun meluahkan perasannya dari hati
tulus ikhlas.
“Kita
kongsikan kisah ini bersama masyarakat agar gadis tempatan di luar sana masih
dibelenggu cengkaman lelaki Nigeria mampu tersedar akan kesilapan sedang mereka
lakukan,” ujar saya.
Jun
bersetuju.
Saya
berjanji dengan gadis dilahirkan dalam keluarga berada itu untuk tidak
mendedahkan identitinya.
“Saya dan
Charles berjumpa di laman sembang IMPU pada tahun 2010. Dari situ kami kemudian
berhubung melalui Yahoo Messanger. Selepas itu, Charles beralih ke akaun
Facebook. Saya lihat ketika itu dia hanya mengguakan avatar kartun sahaja,” ujar
Jun.
Berikutan
pujuk rayu dan godaan Charles, pada Oktober 2010, Jun membuat keputusan
berkunjung ke apartment disewa oleh lelaki Nigeria terbabit di Puchong,
Selangor.
“Waktu
itu dia tinggal berseorangan, apartment disewa dengan harga RM1,250 sebulan.
Charles memberitahu saya, ayahnya sudah lama meninggal dunia akibat kegagalan
buah pinggang berfungsi. Manakala ibunya seorang professor dan dia anak ke 3
dari 7 beradik. Saya pernah bertanya, mengapa dia datang ke Malaysia? Charles
kemudian berkongsi kisah sedih ditempuhnya.
Dia
mendakwa keluarga ayahnya kaya namun selepas ayah meninggal dunia, dia dan adik
beradik hanya dibesarkan oleh ibu mereka, diketepikan oleh keluarga
ayah.
Akibat
hasad dengki, ahli keluarga ayah didakwa cuba menggunakan ilmu hitam, vodoo,
terhadap dirinya. Berikutan itu Charles terpaksa melarikan diri. Katanya, dia
datang ke Malaysia hanya berbekalkan wang tunai 200 US Dollar sahaja. Saya
dilahirkan dalam keluarga senang dan memang sifat saya terlalu cepat berasa
simpati apabila mendengar kisah sedih diceritakan kepada saya,” kata
Jun.
Tambah
Jun, dia pernah melihat gambar ibu Charles dan wanita itu juga pernah
menghubungi anaknya beberapa kali ketika dia keluar bersama bekas kekasihnya
itu.
“Kalau
dia melarikan diri ke Malaysia, bagaimanakah Charles berpeluang menuntut di
kolej di Puchong?,” soal saya.
“Satu
hari dia berjalan di Kota Raya, Kuala Lumpur dan mendakwa ada orang bertanya
hendak belajar ke tidak? Dia kata ditipu semasa memasuki kolej itu. Dia terpaksa
berjalan kaki dan menumpang di rumah kenalan.
Cerita
itu membuatkan saya berasa lebih simpati kerana mendengar kisah orang berada
dalam kesusahan.
I felt
terrible for him. Charles memaklumkan saya, dia mengambil jurusan teknologi
maklumat, IT. Pada awalnya, dia mendakwa berasal dari Bahamas tetapi di kad
pelajar mencatatkan dia warga Nigeria,” kata gadis itu lagi.
Menurut
Jun, Charles fasih berbahasa Inggeris tetapi jika bersama rakan, mereka
berkomunikasi dalam bahasa ibunda, Ibbo.
“Antara
ayat digunakan awak suka dengar?,” tanya saya.
“Dia
selalu menghantar pesanan ringkas di awal pagi, baby I will dream of you in my
sleep tonight and hopefully that you will be safe out there, I love you
always.
Dia
selalu cakap, no matter what, I am in this with you forever. Dia juga berjanji
untuk mengahwini saya,” jelas gadis berusia 30 tahun itu.
“Berapakah
lama selepas berjumpa, dia mula berjanji akan mengahwini awak?,” soal saya
lagi.
“Selepas
seminggu sahaja. Dia tahu saya suka memasak dan dia memuji saya kerana pandai
memasak. Charles juga selalu memasakkan makanan untuk saya ketika berada di
rumah dia. Keluarga saya memang tidak mengetahui perhubungan kami.
Tetapi
kemudian kakak saya terjumpa gambar kami berdua dan my sister called me stupid
sebab dia kata lelaki Nigeria tidak boleh dipercayai, tujuan mereka hanya untuk
menagih wang, kegembiraan dan s3ks,” terangnya.
“Your
sister is right,” celah saya.
Menurut
Jun, dia telah menyerahkan ribuan ringgit wang pinjaman pelajarannya kepada
Charles.
“Kalau
kami keluar membeli barangan dapur bersama, dia tidak pernah memberitahu saya
samada duit dibawa mencukupi atau tidak tetapi apabila sampai di kaunter
juruwang, tiba-tiba duit tidak tidak mencukupi, dia akan meminta saya
menjelaskan bayaran lebihan. Sampai sekarang, dia masih berhutang dengan saya
lagi,” kata Jun.
Ternyata
beberapa entri saya nukilkan berhubung lelaki Nigeria di blog ini memberikan
kesan kepada tindakan dan fikirannya.
“Bila
saya terbaca entri di mazidulakmal.com dan berita di akhbar, saya mula bercerita
hal ini dengan teman baik saya, berkebetulan ayah dia pegawai polis di Bukit
Aman dan dia menyakinkan, saya telah ditipu. Saya mula tersedar.
Saya
membaca blog bermula Jun 2011 dan setiap kali membaca, saya berada di dalam
state of denial. Kekadang ada masanya, Charles menyuruh saya menghantar dia
kekelas dan pernah dia meminta saya membawa dia ke kolej di Nilai, Negeri
Sembilan, kononnya ke sana untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pensyarah
berhubung thesis dia.
Bila saya
bertanya dia mengambil degree, master atau Phd? Dia hanya berkata, IT,” jelas
Jun.
“Sepanjang
perhubungan selama setahun dua bulan itu, pernah awak rasa
dicurangi?”
Soalan
itu saya kemukakan.
“Pernah
saya menelefon dia, katanya tidak berada di rumah. Apabila saya berkunjung ke
apartment dia sehari kemudian, saya terjumpa toilteries, baju perempuan, tuala
tetapi bukan milik saya, rambut panjang sedangkan rambut saya pendek pada ketika
itu.
Bilik
pula bersepah. Bila saya bertanya mengenai semua barangan ditemui, dia naik
angin, meluru keluar bilik dan menumbuk barangan di dalam rumah. Tetapi dia
tidak pernah memukul saya, selalunya hanya memberikan amaran supaya saya tidak
mengambil tahu dengan siapa dia berkawan. Jangan sesekali mengusik barangan di
rumah dia dan menyentuh telefon bimbit dia ,” ujar Jun.
“Penah
terjumpa kondom terpakai?,” tanya saya.
“Banyak
sangat, kondom tidak terpakai banyak dalam simpanan dia. Kondom terpakai di
dalam bakul sampah,” jelasnya.
Tambah
Jun, apartment 3 bilik dihuni oleh Charles itu dilengkapi peti ais besar dan
televisyen berskrin besar.
“Menariknya,
selepas lima bulan saya bertemu dia, masuk seorang rakan serumah dia, kononya
pelajar tetapi berusia 39 tahun dan tidak pernah pergi ke kelas,” kata
Jun.
“Saya
tidak mahu tahu tentang perincian kerana mungkin terlalu peribadi. Bilakah awak
mula mengadakan hubungan seks dengan Charles?,” tanya saya.
“Hujung
November 2010. Kami berjumpa Oktober, mula bersembang di laman sosial pada
pertengahan November dan kemudian perhubungan menjadi semakin serius,”
ujarnya.
“Adakah
hubungan itu kerana duit atau seks? Seperkara lagi, adakah lelaki Nigeria ini
memang pandai membelai wanita tempatan sebelum dan selepas seks?”
Berat
rasanya untuk saya mengemukakan soalan itu.
“Dia
tidak boleh mendapatkan duit banyak daripada saya. Fasal soalan kedua itu, yes!
It is true. They really treat you like a queen. Sebelum mengadakan hubungan
seks, Charles membelikan saya barangan, melayan dengan baik, membawa saya keluar
makan dan kemudian memberikan urutan kaki. Bila dia membawa saya balik ke rumah,
dia akan mengurut tubuh saya. Memandangkan saya tidak pernah dilayan sebegitu,
seks menjadi satu ketagihan.
Dia bijak
menyentuh bahagian tubuh dan tahu titik kelemahan wanita sekaligus membuatkan
saya berasa khayal. Kalau kita kata jangan, dia akan berhenti dan kemudian
memujuk kembali sehingga dia berjaya. Untuk pertama kali, saya tahu, apa saya
lakukan salah tetapi dia membuat saya berasa selasa. Baby, this is a way how to
experiance life and normal for adults and you are a woman now,” terang Jun tanpa
ragu.
“Itu kali
pertama awak mengadakan hubungan seks?,” soal saya.
“Ya,”
balasnya ringkas.
Tambah
Jun, bekas teman lelakinya itu peminum arak.
“Apabila
saya katakan kepada dia, saya tidak minum (arak), untuk mengambil hati saya, dia
mengeluarkan semua tin alkohol di dalam peti ais dan buang. Dia kemudian
berkata, I don’t drink anymore because of you baby,” katanya.
“Awak
memang berasa yakin Charles mempunyai teman wanita lain?,” soal
saya.
“Gadis
Cina dan dia juga berjumpa dengan gadis lain di luar. Saya percayi gadis Cina
itu sering datang ke rumah Charles terutama pada hujung minggu. Dia juga
menjalinkan dengan gadis orang asli berasal dari Lembah Pongsun, Hulu Langat,
Selangor. Umur dia 29 tahun dan saya yakin dia bekerja. Menurut Charles bil
internet Maxis dia lebih murah kalau menggunakan nama rakyat tempatan, nama
gadis orang asli itu. Dia pada awalnya mendakwa, gadis itu teman wanita rakan
lelaki dia,” jelasnya.
Charles
mula memasuki negara ini pada tahun 2005 dan terkini memaklumkan Jun, dia tidak
mempunyai wang mencukupi untuk membiayai kos pulang semula ke negara asal.
Selama kira-kira 7 tahun berada di Malaysia dia mendakwa menyara kehidupan
dengan menjual barangan kenderaan.
“Dia
pernah beberapa kali bertanya kepada saya, bagaimanakah cara untuk ke Pulau
Pinang dan kemudian menaiki bas ke utara,” celah Jun.
Tambah
Jun, gadis Cina menjadi teman lelaki Nigeria lebih kerap
ditemuinya.
“Kalau
lelaki Nigeria keluar dengan wanita tempatan, tujuan mereka hanya menagih wang
dan s3ks. Sewaktu bertemu dengan rakan Charles, gadis tempatan, majoriti mereka
berusia di antara 25 dan 42 tahun, lewat berkahwin atau janda, ramai berbangsa
Cina tetapi saya dilarang untuk bertemu dengan mereka. Jika menghadirkan diri ke
keraian seperti sambutan hari ulang tahun kelahiran rakan dia, saya tidak begitu
bergaul,” jelas Jun.
Jun
dikatakn pernah dijemput oleh Charles untuk merayakan Krismas di Nigeria tetapi
ditolaknya. Perbualan kami kemudian dirumuskan dengan kenyataan
berikut.
“Lelaki
Nigeria sebenarnya memburu gadis tempatan berkerjaya, mesti memiliki kenderaan
dan tidak bergantung hidup kepada sesiapa. Menurut mereka, wanita berusia lebih
dewasa dan tidak berperangai kebudak-budakkan.
Jelasnya,
lelaki Nigeria berupaya membuatkan kita berasa amat dihargai. Mereka tahu bila
waktu tepat untuk menghubungi kita atau tidak. Sentiasa berada di sisi, apabila
kita dilanda keresahan dan amat mengambil berat tentang diri kita, caring”.
Credit PRU14
0 Response to "Sebelum lakukan s3ks belikan barang urut seluruh badan.. – Jun bekas kekasih lelaki Nigeria"
Post a Comment