Jitra:
Dua penuntut Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), di sini,
maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Tok
Jalai, di sini, petang tadi.
Dalam
kejadian kira-kira jam 5 petang, mangsa, Naemah Kamal, 19, dari Padang Serai dan
rakannya, Noor Syuhada Abdul Kadir, 19, dari Alor Setar maut di tempat kejadian
selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Kedua-dua
mangsa adalah penuntut semester 1 Diploma Kejuruteraan Awam yang baru dua minggu
mendaftar diri di POLIMAS.
Difahamkan,
mereka menaiki kenderaan itu bersama tiga lagi rakan sekelas mereka dipercayai
baru pulang menghadiri majlis kenduri rakan mereka di Alor Setar.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abd Rahim Abdullah mengesahkan
menerima laporan berhubung kemalangan itu dan punca nahas masih dalam
siasatan.
0 Response to "Dua Sahabat Maut Kereta Terbabas Ke Parit"
Post a Comment