Hot !

Geng Lapah Manusia Akhirnya Di Berkas




Bukit Mertajam: Misteri penemuan beberapa anggota badan manusia termasuk kepala tangan dan kaki di merata-rata tempat termasuk dekat balai polis, minggu lalu terungkai apabila polis menahan sekumpulan warga Myanmar dan menemui lokasi penjenayah itu membunuh dan memotong tubuh mangsa.



Dalam gerakan khas polis melalui Ops Kelar itu, seramai 17 lelaki warga Myanmar berusia 20 hingga 45 tahun termasuk dalang yang berusia dalam lingkungan 40-an ditangkap di sekitar negeri ini dan Rawang, Selangor sejak minggu lalu hingga awal pagi Isnin.

Malah, serbuan terbaru polis ke sebuah daripada dua rumah di Kampung Pisang, Machang Bubok, awal pagi Isnin lalu turut menemukan tiga parang dipercayai digunakan untuk memotong tubuh mangsa.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, siasatan awal polis mendapati tubuh mangsa yang dikerat itu akan dicampak ke beberapa lokasi oleh anggota kumpulan penjenayah itu dengan menaiki motosikal.

Menurutnya, siasatan polis mendapati pembunuhan kejam itu bermotifkan dendam lama, masalah hutang atau rasa tidak puas hati dan suspek juga mengenali mangsa.

Abdul Rahim berkata, seramai 13 suspek ditahan di sekitar negeri ini dan dua lagi di Rawang, Selangor sejak minggu lalu manakala dua tangkapan terbaru dilakukan di Georgetown, awal pagi ini.

Katanya, polis juga merampas tiga parang disyaki senjata digunakan untuk memotong mangsa serta motosikal yang digunakan untuk membuang bahagian badan yang sudah dikerat itu.

“Berikutan penangkapan semua suspek berkenaan, kami percaya kes penemuan anggota badan manusia itu dapat diselesaikan,” katanya.

Operasi khas yang dinamakan Ops Kelar itu dilancarkan polis Pulau Pinang itu selepas masyarakat gempar dengan penemuan anggota badan manusia seperti kepala, tangan dan kaki dalam parit serta tepi kubur.

0 Response to "Geng Lapah Manusia Akhirnya Di Berkas"

Post a Comment