Jitra:
Kegiatan licik seorang nenek berusia 65 tahun yang menjadi tauke daun ketum
sejak setahun lalu akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis di rumahnya di
Kampung Pida 6, Kodiang, di sini, kelmarin.
Dalam
serbuan kira-kira 11 pagi, warga emas berkenaan ditahan bersama anak saudaranya
berusia 29 tahun ketika sedang memetik daun ketum berkenaan yang ditanam di
belakang rumahnya seluas 0.3 hektar untuk dijual kepada penduduk di sekitar
kawasan berhampiran.
Warga
emas itu dipercayai menjalankan perniagaan keluarga itu sejak setahun lalu dan
mampu meraih keuntungan sehingga mencecah RM1,000 sehari bergantung pada
permintaan daripada pelanggan.
Difahamkan,
anak saudaranya itu dipercayai diupah untuk memetik daun ketum itu bergantung
pada permintaan setiap hari dan biasanya ia membabitkan kuantiti yang
banyak.
Ketua
Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, berdasarkan
maklumat awam, sepasukan lima anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah
Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu serta tujuh anggota
daripada Balai Polis Kodiang melakukan pemeriksaan di rumah terbabit.
0 Response to "Nenek Umur 65 Tahun Tauke Daun Ketum"
Post a Comment