Penyerang sensasi Barcelona, Neymar
bakal menjadi penerima gaji kedua termahal kelab tersebut jika kontrak baharunya
dimeterai dalam masa terdekat.
Menurut laporan The Mirror, Barcelona dan
Neymar sudah memulakan rundingan mengenai kontrak baharu yang menyaksikan
pemain muda itu menuntut bayaran gaji melebih 200,000 pound (RM1.33 juta)
seminggu selepas cukai.
Khabar angin yang mengaitkan Neymar dengan Manchester United pada musim panas ini memaksa Barcelona untuk terus mengikat bintang muda itu dengan kontrak baharu.
Neymar memiliki waktu yang tepat untuk berunding mengenai kontrak baharunya di Nou Camp.
Walaupun dia dilihat sengaja menggunakan Manchester United untuk memancing kontrak baharu, terdapat kelab-kelab lain yang menaruh minat terhadapnya.
Terdahulu, Chelsea turut dikatakan sedia bersaing dengan United untuk memiliki pemain tersebut.

-mstar
0 Response to "Neymar Bakal Jadi Penerima Gaji Kedua Tertinggi Di Barcelona"
Post a Comment