Port
Dickson: Hanya kerana hampir melanggar sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang
dipandu seorang wanita, seorang peniaga ayam ditumbuk dan ditampar di muka oleh
seorang lelaki dalam kejadian di Batu, 4, Jalan Pantai, di sini, Jumaat
lalu.
Mangsa,
Shaharuddin Mohd Aris, 36, berkata, dia kesal dengan kejadian itu apabila
ditumbuk dan ditampar lelaki terbabit yang dipercayai teman kepada wanita
berkenaan.
Katanya,
dalam kejadian jam 8.40 malam, dia memandu kenderaan jenis Nissan Serena dari
Pasir Panjang menuju ke Pekan Port Dickson, di sini, manakala pasangan berkenaan
dari arah bertentangan.
Menurutnya,
dalam perjalanan itu, kereta dinaiki pasangan terbabit tiba-tiba membelok ke
kanan iaitu menghala ke arah Pantai Batu 4, menyebabkannya menekan brek
mengejut.
“Bagaimanapun,
saya tidak melanggar kenderaan mereka. Namun, selepas keluar kereta, lelaki
terbabit berteriak menggelar saya kurang ajar sebelum dia melepaskan tumbukan ke
muka saya,” katanya.
Shaharuddin
berkata, lelaki itu juga bertindak melampau apabila menumbuk bahagian badan
keretanya
hingga
remuk sebelum anak lelakinya berusia 15 tahun cuba meleraikan pergaduhan.
“Namun,
anak saya juga menerima nasib sama apabila dia ditumbuk di muka,” katanya.
Menurut
Shaharuddin, sewaktu dia cuba beredar, lelaki itu sekali lagi menampar mukanya,
malah perbuatan itu turut disaksikan isteri dan dua lagi anaknya.
Katanya,
dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson bagi
mengambil tindakan lanjut terhadap samseng jalanan itu.
“Saya
kesal diperlakukan sedemikian rupa. Jika saya salah sekalipun lelaki berkenaan
tidak patut bertindak demikian,” katanya.
Sementara
itu, jurucakap IPD Port Dickson yang dihubungi mengesahkan menerima laporan dan
berkata, kes itu masih disiasat.
0 Response to "Ditumbuk & Ditampar Samseng Jalanan"
Post a Comment