KUALA
LUMPUR – Kumpulan kecil penyokong bola sepak Johor Inter Johor Firms (IJF)
mengumumkan pembubarannya berkuat kuasa hari ini berikutan pengharaman kumpulan
berkenaan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).
Laman
Facebook IJF dalam satu kenyataan bagaimanapun menafikan kumpulan tersebut yang
menimbulkan kekecohan yang timbul di Stadium Shah Alam, Selangor malam tadi
ditimbulkan oleh IJF.
“Akur
dengan titah Tunku Mahkota Johor, kami IJF akan di bubarkan mulai saat
ini.
“Rentetan
dengan isu di Stadium Shah Alam semalam, semua pihak menuding jari ke arah kami.
Kononnya kami punca semuanya. Kami ingin bertanya berapa ramaikah yang bertopeng
dan berjaket hitam di stadium itu semalam?” kata kenyataan itu hari
ini.
IJF
mendakwa, gaya penyokong bola sepak tempatan bertopeng bukan sahaja diamalkan
oleh anggota IJF tetapi oleh ramai penyokong pasukan bola sepak lain.
Kenyataan
itu turut menafikan akaun Facebook milik Danial yang terlibat dalam serangan ke
atas penyokong Vietnam seperti disebarkan dalam media sosial adalah anggota
IJF.
Dakwa
IJF, sejak kebelakangan ini ramai pengguna Facebook mengaku anggota IJF dengan
menggunakan logo dan gambar kumpulan tersebut secara sesuka hati untuk
memburuk-burukkan IJF.
IJF
turut menafikan kumpulan tersebut merosakkan bas di tempat letak kenderaan di
kawasan Go Kart berhampiran Stadium Shah Alam.
“Kami
`parking’ di kawasan Giant. Sangat jauh untuk ke sana semata-mata nak provok dan
baling batu.
“Janganlah
risau. Tidak akan nampak lagi kelibat kami di stadium anda malahan di stadium
kami sendiri. Kami buat begini kerana akur dengan titah Tunku Mahkota Johor
kami, bukan sebab anda semua,” kata kenyataan itu.
0 Response to "Akur Titah TMJ, Inter Johor Firms (IJF) Umum Pembubaran"
Post a Comment