Kisah teladan dan nasihat Islam melalui tafsir
mimpi dan hadis – Gambar hiasan kubur Islam
Wali itu ternampak ahli-ahli kubur pakat
kais-kais rumput seperti mencari sesuatu. Tetiba beliau terlihat ada seorang
ahli kubur yg sudah berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri .
Beliau mengambil keputusan utk bertanyakan kpd org tua tersebut.
Wali : Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk
berehat dgn tenang sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais-mengais
rumput disitu.
Org tua: Jikalau kau nak jawapannya, esok kau
pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di pasar. Penjual daging
itu ialah saudara aku sendiri.
Wali tersebut pun beredar daripada situ.
Keesokan harinya. Wali tu pun menjumpai penjual daging muda di pasar
tersebut.Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut.
Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca qur’an.
Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan utk berjumpa dgn pemuda
tersebut.
Wali: Assalaamualaikum org muda, saya ada
beberapa soalan utk org muda.
Penjual daging: waalaikumsalam, ya boleh .
Apakah soalannya itu?
Wali: Kau ada seorang ahli kerabat di kubur
kmpung ini?
Penjual daging: Ya ada. Itu ialah
bapaku.
Wali: Aku terlihat ayah mu dlm mimpi ku, beliau
tenang disana. Apa yg kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?
Penjual daging Aku membaca Alqur’an dan aku
berdoa kpd Allah. Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkan nya kpd
ayahku.
Kenapa ahli kubur yg lain sedang mengais2 rumput
di situ?
Jawapannya, mereka sedang mencari tempias2 doa
yg didoakan oleh org ramai dan lafaz “Ala kulli muslimin wal muslimat, wal
mukminin wal mukminat”. Manakala pakcik tua td hanya duduk berehat kerana doa
anaknya hanya khas utknya.
Pesanan: Berbanyakkan berdoa utk kedua ibu bapa
kita, saudara mara kita utk kesenangan mereka di alam barzakh . Doa seorang anak
kpd org tuanya, akan terus sampai kpd ibu bapanya.
0 Response to "Kisah Teladan Mimpi Seorang Wali Di Tanah Perkuburan"
Post a Comment