IPOH:
Sebanyak 57 rumah di Gugusan Manjoi rosak teruk akibat dilanda puting beliung
semalam. Kawasan
yang terlibat ialah Kampung Tengku Hussein Baru dan Kampung Sungai Tapah
Seberang.
Anggota
Dewan Undangan Negeri Manjoi, Mohamed Ziad Mohamed Zainal Abidin berkata dalam
kejadian jam 2.45 petang itu, kebanyakan rumah rosak teruk di bahagian
bumbung.
“Bahagian
yang paling teruk adalah bumbung. Ada juga rumah yang pagarnya roboh,”
katanya selepas melawat rumah mangsa di Kampung Tengku Hussein Baru.
Beliau
berkata mangsa yang terlibat kini ditempatkan di Dewan Kawasan Rukun Tetangga
(KRT) Kampung Tengku Hussein Baru, bagaimanapun jumlahnya masih belum dikenal
pasti.
“Bantuan
segera akan dihulurkan kepada mangsa terlibat untuk meringankan beban mereka,”
katanya.
Seorang
mangsa Habsah Yassin, 86, dari Kampung Tengku Hussein Baru berkata bumbung
rumahnya diterbangkan angin dengan sekelip mata dan menimpa kereta cucunya serta
pagar rumah sementara barang-barang lain turut rosak. Mohd Khalid Mohd Tahir,
60, dari kampung yang sama berkata ketika kejadian beliau sedang membakar sate
bersama anggota keluarganya.
“Kami
hanya mampu menyorok di kawasan selamat,” katanya sambil menjelaskan
kejadian itu merupakan kali ketiga sepanjang 35 tahun beliau menetap di kampung
itu. - Bernama
0 Response to "Video Manjoi Dilanda Puting beliung"
Post a Comment