Seremban:
Tiga maut manakala dua parah dan lapan cedera dalam kemalangan membabitkan tiga
kenderaan iaitu bas ekspres, treler dan lori di Kilometer 264 Lebuhraya PLUS
arah utara, berhampiran Plaza Tol Seremban, petang semalam.
Dalam
kejadian kira-kira 3 petang itu, lori dari arah utara ke selatan dikatakan
hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan menyebabkan treler
membawa muatan kayu dan bas gagal mengelak lalu bertembung.
Jurucakap
bomba berkata, sejurus menerima panggilan pada 3.04 petang, tiga jentera dari
Balai Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 serta Nilai segera ke lokasi.
Menurutnya,
kemalangan itu menyebabkan dua lelaki iaitu pemandu bas dan lori serta seorang
wanita yang juga penumpang bas maut di tempat kejadian manakala 10 lain
cedera.
Semua
mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, di sini, untuk
rawatan.
0 Response to "3 Maut 10 Cedera Dalam Kemalangan Melibatkan Bas Ekspres, Treler & Lori"
Post a Comment