
Georgetown:
Beberapa penerbangan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau
Pinang (PIA) terpaksa ditangguhkan seketika berikutan hujan lebat, 2.30 petang
tadi.
Ia
menyebabkan pesawat berkenaan terpaksa berlegar di udara selama 30 minit sebelum
mendapat kebenaran untuk mendarat.
Pengurus
Keselamatan PIA Abdul Razak Hussin berkata, pendaratan pesawat itu terpaksa
ditangguhkan berikutan keadaan hujan lebat luar biasa yang
berlaku.
"Namun
selepas mendapati landasan selamat digunakan kesemua penerbangan itu dibenarkan
untuk mendarat.
"Tindakan
ini dilakukan bagi menjamin keselamatan penumpang dan pesawat yang mendarat,"
katanya.
Selain
itu, hujan turut menyebabkan banjir kilat di kawasan pintu masuk balai ketibaan
PIA.
Air
yang naik separas buku lali itu bagaimanapun surut 30 minit kemudian, ia
merupakan kejadian kali keenam selepas sistem saliran baru lapangan terbang itu
disiapkan awal tahun ini dengan kos RM250 juta.
0 Response to "Penerbangan Ditangguhkan Ekoran Banjir"
Post a Comment