Ramai
wanita yang inginkan lelaki yang romantik tetapi tak ramai lelaki yang bersikap
romantik. Romantik adalah satu sikap yang boleh membuatkan hati wanita cair dan
boleh menjadikan wanita gila bayang. Pada lelaki, kenali 25 tips mudah untuk
jadi lelaki romantik.

1.
Peka dengan tarikh-tarikh penting
Kebiasannya
si lelaki amatlah memandang remeh akan tarikh-tarikh penting ini berbanding
wanita. Sila ‘set’kan tarikh-tarikh penting seperti hari jadi si dia dan
ulangtahun perkahwinan anda agar anda tidak melupakan hari-hari penting
ini.
2. Berikan kejutan untuk si dia
Sekali-sekala
berikanlah kejutan kepada pasangan anda. Mungkin anda boleh tunjukkan skill
memasak anda di dapur atau majlis hari jadi kecil-kecilan. Cukup untuk
membuatkan si dia berasa bahagia dan terharu dengan sikap romantik yang anda
cuba tunjukkan kepadanya.
3. Selalu memberi pujian
Wanita
suka dipuji. Sekeras mana pun hati wanita pasti akan cair lebih-lebih lagi jika
anda memujinya sambil memegang erat tangannya dan memandang tepat ke dalam anak
matanya. Mesti si dia cair!
Teruskan Pembacaan...
4. Berikan layanan istimewa
Tidak
salah sekiranya anda memberikan layanan istimewa kepada si dia seperti membuka
pintu kereta sewaktu menghantar si dia pulang.
5. Pujuklah si dia ketika si dia merajuk
Si
dia merajuk sebab hanya mahukan perhatian daripada anda. Oleh itu, cubalah pujuk
ketika si dia merajuk. Gunakan nada yang lemah-lembut. Katakan bahawa anda
memohon maaf jika anda ada melakukan kesalahan.
6. Berpimpin tangan ketika berjalan
Pimpinlah
tangan si dia ketika berjalan berdua agar si dia merasa sentiasa selamat ketika
berada di samping anda. Tak kiralah walaupun anda sekarang dah berkahwin dan
sudah mempunyai anak 3 orang. Apa salahnya berpimpin tangan dengan si dia yang
sudah pun menjadi isteri anda dan ibu kepada anak-anak anda
7. Membawa si dia ke tempat-tempat yang
romantik
Apa
salahnya sebulan sekali bawa si dia ke tempat-tempat yang romantik disamping
dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua. Anda boleh membawa si dia ke candle
light dinner ataupun bercuti di di pusat peranginan di dalam negara. Mungkin di
Pulau Perhentian. Ianya akan menjadi momen yang akan dikenang sampai bila-bila
antara anda berdua.
8. Kirimkan jambangan bunga kepada si
dia
Wanita
amat menyukai bunga. Apa kata anda pergi ke kedai bunga dan belilah bunga
kesukaan si dia dan kirimkan bunga itu ke pejabat tanpa pengetahuannya. Pasti si
dia akan berasa terharu dengan bunga yang anda berikan.Dan rakan-rakan sepejabat
si dia pastinya tidak habis-habis memuji sikap romantik anda. Mungkin ada di
antara rakan sepejabatnya dengki dengan si dia sebab memiliki seseorang yang
romantik seperti anda
9. Pandang ke mata si dia setiap kali
bercakap
Pandanglah
tepat ke mata si dia setiap kali anda berbicara dengannya. Wanita selalunya
tidak mampu untuk menahan godaan dari lelaki yang dia sayang. Pandangan tepat
anda pada mata si dia akan membuatkannya jatuh cinta kepada anda
hari-hari.
10. Berikan senyuman manis dan menggoda
Seperti
lelaki, wanita juga mudah cair apabila melihat senyuman yang paling manis
daripada anda. Cuba berikan senyuman yang manis dan menggoda. Pasti si dia tidak
dapat melupakan senyuman anda itu.
11. Memakai pakaian yang sedondon
Biasanya,
kita akan lihat sesebuah keluarga itu berpakaian sedondong menjelang hari raya.
Namun, idea ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tidak semestinya
perlu memakai corak yang sama. Cukup jika memakai warna yang sama. Barulah orang
pandang nampak sweet bila anda berdua berjalan bersama.
12. Ucapkan sayang dan cinta kepada si
dia
Si
lelaki memang berat mulut untuk mengucapkan lafaz cinta dan rindu kepada wanita.
Ini biasanya disebabkan ego mereka yang tinggi. Apa salahnya ucapkan kata-kata
cinta dan rindu setiap hari kepada si dia. Kata-kata cinta anda dapat membuatkan
hati si dia berbunga-bunga.
13. Belikan hadiah untuk si dia setiap kali
outstation
Jangan
lupa untuk membeli hadiah kepada si dia setiap kali anda keluar outstation.
Tidak perlu membeli hadiah yang mahal-mahal. Ini menunjukkan anda sentiasa
mengingatinya walaupun anda sibuk dengan urusan kerja di luar.
14. Panggillah si dia dengan nama yang manja dan
lembut
Panggillah
si dia dengan nama panggilan yang romantik – sayang,baby ataupun honey
berbanding memanggil si dia menggunakan nama. Ini dapat membezakan bahawa si dia
adalah orang yang amat penting dalam hidup anda.
15. Kirimkan sms cinta kepada si dia
Ambil
masa seketika dan kirimkan sms cinta kepada si dia. Katakan anda amat menyintai
dan menyayangi si dia sepenuh hati anda. Pasti si dia akan berasa terharu
selepas membaca sms anda itu.
Dan
jangan lupa sms si dia setiap kali sebelum tidur. Biarkan si dia tidur
bersama-sama dengan ayat-ayat cinta dari anda.
16. Tunjukkan bakat kesenian anda
Sekiranya
anda berbakat di dalam bidang penulisan seperti sajak, puisi atau sebagainya,
tuliskan suatu yang ditujukan khas kepada si dia. Atau mungkin anda berbakat
dalam bidang muzik. Anda boleh bermain gitar sambil menyanyikan lagu tema
percintaan anda berdua kepada si dia.Oh ya, wanita menyukai lelaki yang
mempunyai bakat dalam kesenian terutamanya muzik. Kata mereka, lelaki jenis ini
lebih romantik
17. Sentiasa berikan perhatian kepada si
dia
Jangan
tidak hiraukan dia. Sentiasa beri sepenuh perhatian pada si dia terutama ketika
anda bersama dengan rakan-rakan anda. Sebab kebiasannya, apabila anda melepak
dengan rakan-rakan anda, si dia pasti akan terasa diri diabaikan.
18. Jadilah penyokong setia di belakang
Sokonglah
setiap idea dan cadangan si dia. Jika anda kurang bersetuju, mungkin anda boleh
memberikan pendapat anda. Si dia pun mahu dengarkan pendapat anda. Bukannya
kata-kata yang boleh melemahkan dan menjatuhkan semangat si dia.
19. Fahami dan peka dengan perasaan si
dia
Sentiasa
memahami dan sensitif dengan kehendak si dia. Elakkan daripada membuat lawak
bodoh terutamanya ketika si dia sedang datang bulan. Silap-silap anda pun akan
dimakinya.
20. Jadilah pendengar yang baik dan
setia
Ketika
si dia mengalami masalah dan tekanan, ketika inilah si dia amat-amat memerlukan
seseorang disampingnya terutama anda. Jadilah pendengar yang setia. Berikan
solusi dan sokongan kepada si dia.
21. Jadilah seorang yang bersikap matang dan
tenang
Kata
wanita, lelaki yang sentiasa bersikap tenang dan matang dalam setiap perkara dan
situasi adalah seorang lelaki yang romantik dalam perhubungan? Betulkah?Memang
tidak dinafikan. Jika anda bersikap sedimikian, si dia pasti berasa yakin dan
selamat sewaktu berdamping dengan anda.
22. Mengambil berat keadaan si dia
Tanyakan
khabar si dia ketika sakit dan bantulah si dia ketika si dia dalam kesusahan. Si
dia pasti akan mengingati sikap anda yang baik hati dan caring.
Jikalau
anda nak nampak lebih romantik, belikan ubat dan berikan kepada si dia.Dan
tinggalkan pesanan supaya memakan ubat mengikut jam yang ditetapkan
doktor.
23. Menolong si dia membuat kerja-kerja
rumah
Bagi
yang dah berkahwin pula, anda boleh membantu si dia di dapur, mengemas rumah
ataupun menjaga anak. Kata orang tua-tua, ringan sama dijinjing, berat pula sama
dipikul. Barulah rumahtangga aman damai.
24. Peluk dan ciumlah si dia selalu
Ehem-ehem!
Tips ini hanya sesuai dipraktikkan oleh mereka yang sudah berkahwin. Yang belum
berkahwin jangan nak mengada-ngada ek.Setiap kali sebelum keluar rumah untuk
pergi bekerja, peluklah si dia dan berikan si dia ciuman di bibir sebagai tanda
kasih dan sayang anda. Jangan pula anda berikan pelukan dan ciuman yang
bernafsu.
25. Jadilah seorang yang
menghiburkan
Hiburkanlah
hati si dia dengan lawak-lawak anda ataupun cerita-cerita yang tidak
membosankan. Biarkan si dia sentiasa berasa gembira dan tidak bosan sewaktu
keluar bersama mahupun berbual dengan anda.
Sumber asal :
http://selongkar10.blogspot.com/2014/02/25-cara-penuhi-ciri-ciri-lelaki-romantik.html
0 Response to "25 Cara Penuhi Ciri-Ciri Lelaki Romantik"
Post a Comment