
Ampang:
Mayat seorang bayi perempuan ditemui di dalam tong sampah di pintu A Hospital
Ampang, Pandan Mewah kira-kira 6.30 pagi tadi.
Ketua
Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, bayi yang baru
dilahirkan itu ditemui seorang tukang bersih hospital sebelum memaklumkan kepada
pengawal keselamatan hospital.
Katanya,
bayi berkenaan dipercayai dilahirkan 24 jam yang lalu dan mangsa juga sudah
dipotong tali pusatnya.
"Mayat
mangsa sudah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)
untuk dibedah siasat dan laporan bedah siasat mendapati bayi berkenaan tidak
mengalami sebarang kecederaan dalaman dan luaran.
"Kes
ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan
kelahiran dan jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dijatuhi hukuman penjara
sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya. - METRO
ONLINE
0 Response to "Buang Bayi Dalam Tong Sampah"
Post a Comment