Hot !

Seorang Rakyat Kita Cuba Seludup Dua Ekor Landak & Seekor Cicak Masuk Ke Singapura






Dua ekor landak yang disembunyikan di dalam kotak kasut diletakkan dalam satu plastik beg oren. (Gambar: ICA)






SINGAPURA: Seorang rakyat Malaysia, 26 tahun didenda $1,500 kerana cuba menyeludup dua ekor jenis landak dan seekor cicak ke negara ini.

Lelaki itu menaiki teksi berdaftar Singapura.

Penemuan itu dibuat dalam pemeriksaan biasa di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 6 Februari lalu. Landak-landak tersebut disembunyikan dalam sebuah kotak kasut.

Cicak jenis harimau bintang ini pula disimpan di dalam bekas plastik kecil di kantung zip tempat duduk penumpang.

Penguasa Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA) kemudian mengeluarkan saman di bawah Akta Haiwan dan Burung-burung untuk Penyeludupan Haiwan. Haiwan-haiwan itu telahpun dihantar ke Taman Haiwan Singapura.

Para pelancong dinasihati untuk tidak membawa haiwan, burung ataupun serangga hidup masuk ke Singapura tanpa permit. Mengimport sebarang haiwan ataupun burung hidup tanpa permit AVA adalah satu kesalahan dan pesalah boleh dikenakan denda sehingga $10,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.


- CNA/ag

0 Response to "Seorang Rakyat Kita Cuba Seludup Dua Ekor Landak & Seekor Cicak Masuk Ke Singapura"

Post a Comment