Tashkent
– Pihak berkuasa Uzbekistan menahan sekumpulan wanita Islam di daerah Yangiyul
di bandar raya ini selepas mendapati mereka bersalah mengajar kanak-kanak
perempuan membaca kitab suci al-Quran.
Menurut
laporan World Bulletin baru-baru ini, wanita berkenaan mengajar kanak-kanak itu
di rumah mereka apabila mereka ditahan Khamis lalu.
Stesen
televisyen milik kerajaan pula melaporkan mereka didakwa atas tuduhan
‘radikalism’ kerana mengajar kitab suci itu.
Antara
yang ditahan ialah Hanaife Mirganieva yang didakwa mengetuai kumpulan
berkenaan.
Pegawai
Uzbekistan berkata, beberapa wanita berjaya melepaskan diri dan dijangka
mendapatkan perlindungan di Turki.
Kumpulan
hak asasi manusia sudah sekian lama menuduh Uzbekistan menindas kebebasan
beragama sebagai sebahagian daripada kempen menentang kebangkitan Islam di
negara itu.
Penindasan
itu termasuk menahan dan mendera masyarakat Islam yang mengamalkan suruhan
agama.
Pada
Mac 2012, kerajaan mengharamkan penjualan pakaian menutup aurat.
Negara
itu pada 1998 meluluskan undang-undang mendenda dan memenjara mereka yang
mengenakan pakaian bercirikan keagamaan, termasuk hijab. – Agensi
0 Response to "Ditangkap Kerana Ajar Baca Al-Quran"
Post a Comment