
Arizona
– Muka bengis’ yang dimiliki kucing ini rupanya membawa tuah kepada tuannya,
Tabatha Bundesen yang dulunya hanya bekerja sebagai pelayan.
Kini
Bundesen memperolehi pendapatan lebih RM300 juta melalui kucing tersebut yang
digelar Tardar Sauce, hanya semata-mata kerana rupanya yang unik itu.
Tardar
yang menjadi terkenal selepas muncul dalam Youtube dua tahun lalu hingga berjaya
memperolehi 15.7 juta penonton, kini jauh lebih kaya daripada artis Hollywood
termasuk Nicole Kidman, Cameron Diaz dan Matthew McConaughey.



Namun
kekayaan itu gagal memberikan senyuman kepada Tardar.
“Sejak
muncul dalam Youtube dua tahun lalu, Tardar terus terkenal dan dalam masa
singkat kucing saya memperolehi kemasyuran.
“Saya
boleh berhenti kerja sebagai pelayan hanya dalam masa beberapa hari selepas dia
muncul dalam media sosial dan sejak itu telefon saya tidak pernah berhenti
berdering,’’ kata Bundesen.
Tardar
kini memiliki 521,000 pengikut dan Instargram dan 255,000 di twitter .
Mukanya
yang bengis itu diabadikan di kalender, kemeja-t, gelas dan pelbagai lagi.
Dia
juga menjadi model untuk makanan kucing jenama Friskies dan terbaru Tardar
memiliki jenama sendiri iaitu kopi Grumppuccino.
Malah
kemunculannya dalam filem Grumpy Cat’s Worst Christmas Ever telah menjadikan
filem itu sebagai filem yang paling banyak ditweet ketika mula-mula
ditayangkan.
0 Response to "Grumpy Cat kini Menjana Pendapatan Rm346 Juta"
Post a Comment