BAPA
kepada seorang budak perempuan berusia sembilan tahun didenda sebanyak THB 2000
(RM212) oleh polis Surat Thani atas kesalahan membiarkan anaknya yang masih di
bawah umur memandu kereta ke sekolah.
Video
anak perempuannya memandu itu menjadi viral dan kemudiannya mendapat kecaman
orang ramai selepas bapanya mengaku sudah dua tahun membiarkan anaknya memandu
sendirian ke sekolah.
Yongyuth
Kangkaprathum, 38, bagaimanapun memohon maaf kepada penduduk Thailand di atas
perbuatannya itu.
Menurutnya,
dia tahu perbuatannya itu adalah salah tetapi tidak pernah memikirkan mengenai
perkara itu sebelum ini.
“Itu
merupakan satu kesilapan, tetapi saya tidak pernah memikirkannya sebelum ini.
Saya membiarkan dia (anak perempuan) memandu sejak dia berusia tujuh tahun. Anak
perempuan saya suka semuanya yang berkaitan kereta sehingga meminta untuk
memandu,” katanya.
Kangkaprathum
juga mendedahkan anaknya pernah memandu dalam jarak perjalanan yang jauh sebelum
ini namun tidak pernah terlibat dalam kemalangan sepanjang dua tahun
memandu.
“Kebiasaannya
dia akan memandu dari rumah ke sekolah yang jaraknya lapan kilometer perjalanan.
Yang paling jauh dia pernah memandu adalah dari Surat Thani ke Phuket untuk
percutian keluarga. Memang tak pernah kemalangan.
“Saya
biarkan dia memandu berseorangan tetapi saya selalu memerhatikannya dari
belakang. Keluarga kami mempunyai empat buah kereta,” katanya lagi.
Kangkaprathum
berharap pengakuannya ini dapat menghentikan kecaman Netizen terhadap dirinya
dan anak perempuanya itu berhubung video viral tersebut.
0 Response to "Bapa didenda Biarkan Anak 9 Tahun Memandu ke Sekolah"
Post a Comment