KUALA
LUMPUR – Menjadi tukang urut, menyanyi di kaki lima, menganyam bakul atau
menjual tisu merupakan aktiviti mencari rezeki yang sudah sinonim dengan
golongan cacat penglihatan di negara kita.
Namun
begitu, hasil pemerhatian mStar Online selama beberapa minggu telah mendapati,
dalam semua aktiviti tersebut, menjual tisu merupakan yang ‘paling lumayan’ dan
paling mudah memperolehi wang.
Ia
telah mendatangkan hasil yang besar sehinggakan mereka bukan sahaja mampu
mengupah pengiring yang celik malah mampu menggaji pemandu.
mStar
mendapati, kebanyakan orang buta yang memilih menjalankan aktiviti ini mampu
memperoleh pendapatan bersih lebih RM2,500 sebulan sedangkan lain-lain pekerjaan
golongan cacat penglihatan seperti tukang urut, penjual kerepek atau bakul
mahupun mereka yang menyanyi di kaki lima sekitar RM1,500 hingga RM1,800
sebulan.
Malah
jika penjual tisu ini rajin menjalankan aktiviti mereka sehingga ke luar ibu
kota, pendapatan bulanan adalah lebih dari itu.
Angka
itu belum lagi diambil kira bantuan yang diperolehi secara bulanan dan tetap
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu sekitar RM150 hingga RM300.
Seperkara
lagi yang menarik ialah, hasil pemerhatian ini, mStar turut mengenali beberapa
istilah yang digunapakai di kalangan masyarakat golongan cacat penglihatan itu
sendiri bagi menggambarkan aktiviti mencari rezeki atau pekerjaan
masing-masing.
Bagi
aktiviti menjual tisu, gelarannya agak pelik, iaitu ‘menangkap’ manakala bagi
pengiring mereka yang celik, ia dipanggil ‘penarik’.
Istilah
lain yang wujud termasuklah ‘mengetin’ (menyanyi di kaki lima), ‘menangguk’
(seorang diri jual tisu atau kacang) dan ‘Halo Cik’(jual kerepek).
Bahagi
Tiga
Percaya
atau tidak, dalam semua pekerjaan yang biasa dibuat oleh orang buta, kerja
‘menangkap’ adalah yang paling senang dan mendapat hasil ‘kencang’.
“Orang
buta tak boleh ‘menangkap’ seorang diri, jadi mereka upah ‘penarik’.
“Kumpulan
ini adalah yang paling banyak memperolehi pendapatan di kalangan semua aktiviti
golongan cacat penglihatan malah mengatasi jumlah pendapatan tukang urut. Mereka
mampu bayar penarik dan ramai juga sekarang yang sudah mula mengupah pemandu
untuk bergerak lebih jauh atau ‘out-station’,” dedah seorang daripada mereka
yang hanya mahu dikenali sebagai Mazlan, kepada mStar Online.
Mazlan
yang bekerja sendiri di ibu kota berkata, kerja ‘menangkap’ yang dibawa oleh
seorang pemandu khas biasanya dilakukan dua kali sehari.
Si
penjual tisu yang buta tidak perlu bimbang ditipu oleh penarik yang biasanya
warga Indonesia atau pun pemandu kerana masing-masing telah bersetuju untuk
mengagihkan ‘hasil tangkapan’ secara sama rata.
“Kalau
dapat RM300 sekali keluar, duit itu akan dibahagi tiga iaitu untuk penjual,
pengiring dan pemandu,” katanya lagi.
Mazlan
menambah, perkara itu diketahui daripada rakan-rakannya yang kebanyakannya
menjalankan aktiviti tersebut dan tanpa segan-silu bercerita mengenai pendapatan
‘mewah’ mereka dengan mudah.
Tambahnya,
selain mempunyai ‘pemandu’, hasil lumayan mereka juga biasanya diterjemah
melalui gaya hidup yang lebih senang, termasuklah telefon bimbit pintar.
Bercerita
lebih lanjut mengenai pemandu yang diupah, Mazlan berkata kebanyakan mereka
dipertanggungjawabkan untuk membawa si penjual tisu dan pengiring ke
lokasi-lokasi tertentu yang dianggap sebagai ‘lubuk emas’.
Di
ibu kota, kawasan yang sering menjadi tumpuan mereka ialah Bangsar, Bukit
Bintang, Chow Kit, Danau Kota dan Kampung Baru.
Kawasan-kawasan
ini mempunyai kawasan tumpuan gerai makan dan medan selera yang popular dan
banyak.
Mengembangkan
Empayar ‘Menangkap’
Namun,
katanya sejak akhir-akhir ini ramai pemandu diminta supaya mengembangkan kawasan
tangkapan oleh si penjual tisu yang bertindak sebagai bos mereka dalam memilih
lokasi untuk menjual tisu.
“Mereka
kini meminta pemandu membawa mereka pergi ‘menangkap’ di luar Kuala Lumpur
seperti ke Johor, Negeri Sembilan atau Kedah.
“Persaingan
di luar Kuala Lumpur adalah kurang dan masyarakat lebih bermurah hati untuk
‘membeli’ tisu dan bersedekah berbanding orang di sini yang semakin berkira-kira
untuk bersedekah kerana saban hari diganggu oleh penjual tisu,” katanya
lagi.
Sementara
itu, Pak Ali (bukan nama sebenar) yang menjadikan kerja membawa orang buta pergi
menangkap sebagai kerja sambilan sejak tahun lepas mengakui bayaran yang
diterimanya mampu menampung kos sara hidup keluarga.
Kata
Pak Ali, dia tidak mempunyai jadual tetap untuk pekerjaannya itu, sebaliknya
hanya menunggu panggilan telefon oleh mana-mana orang buta yang mahu mendapatkan
khidmatnya.
Jelas
Pak Ali lagi, walaupun ramai yang keluar menangkap hampir setiap hari, namun
mereka tidak menggunakan khidmat pemandu pada setiap masa.
“Kalau
menangkap tempat yang dekat-dekat mereka naik LRT atau teksi sahaja, lebih murah
kosnya.Tapi kalau mereka mahu pergi jauh, mereka akan telefon saya dan minta
saya menjemput dan menghantar mereka ke lokasi tertentu,” ujarnya.
Pak
Ali menambah, kebiasaannya dia dibayar antara RM60 hingga RM150 setiap kali
membawa orang buta ‘menangkap’ dan pengiraan akan dilakukan bersama-sama dalam
kereta selepas selesai aktiviti ‘menangkap’.
“Selama
saya buat kerja ini belum pernah timbul masalah tentang bayaran. Pernah juga
saya terfikir mereka (penarik dan orang buta) mungkin berpakat tipu saya tapi
saya rasa perkara itu tak berlaku. Saya percaya mereka,” tegas Pak Ali yang
memandu Proton Iswara.
Jelas
Pak Ali, ada juga orang buta yang meminta dia sendiri yang mengira hasil yang
diperolehi mereka.
Dalam
pada itu, Pak Ali turut mengakui ada rakan-rakannya yang membawa orang buta
pergi ‘menangkap’ di luar Selangor dan Kuala Lumpur.
Malah,
dia sendiri pernah ditawarkan oleh orang buta untuk pergi ke Johor dan
Melaka.
“Tetapi
saya tolak sebab keadaan kereta saya yang tidak mengizinkan. Setakat Kuala
Lumpur dan Lembah Klang tak ada masalah nak bawa mereka,” katanya.
Mengenai
lokasi menangkap, Pak Ali berkata keputusan biasanya dibuat melalui perbincangan
bersama. Namun katanya, ada juga orang buta yang menyerahkan keputusan memilih
lokasi menangkap dibuat oleh pengiring mereka.
Mengulas
perkembangan terkini pekerjaannya yang sering berdampingan dengan orang buta,
Pak Ali berkata pada masa ini pemilihan lokasi ‘menangkap’ perlu dibuat dengan
tepat bagi memastikan orang buta, pengiring dan pemandu tidak pulang dengan
tangan kosong.
“Kalau
boleh mereka mahu elak daripada bertembung dengan rakan-rakan lain yang
menjalankan aktiviti yang sama. Kalau terlalu ramai orang jual tisu di satu
tempat atau restoran yang sama, sudah tentulah hasil pendapatan kurang
memuaskan. Sebab itu sekarang saya sering diajak pergi jauh sedikit seperti ke
Selayang, Gombak atau Ampang,” katanya. - mStar
Online
0 Response to "Orang Buta Jual Tisu Perolehi Pendapatan RM2,500 Sebulan"
Post a Comment