Hot !

Bekas Imam Rentung Rumah Terbakar




Pasir Mas: Bekas imam Mukim Perol, di sini, rentung selepas rumahnya di Kampung Jenereh, di sini, terbakar 12.55 tengah hari tadi.

Mayat Jaafar Yusof, 85, ditemui di ruang tamu oleh anggota bomba sebelum dibawa ke Hospital Pasir Mas dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Jenereh, malam ini.

Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri, namun gagal kerana api marak.



Bekas imam rentung dalam kebakaran di Kampung Jenereh, Pasir Mas. FOTO ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Mas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pada 12.59 tengah hari.

"Siasatan masih lagi dijalankan termasuk punca kebakaran," katanya.



- hmetro.com.my

0 Response to "Bekas Imam Rentung Rumah Terbakar"

Post a Comment