Hot !

Tun M Akan Disiasat Dibawah Kanun Keseksaan

 

Tun M Akan Disiasat Dibawah Kanun Keseksaan


Kuala Lumpur – Tun Dr Mahathir Mohamad akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan berikutan ucapannya dalam perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung di sini, hujung minggu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis akan merakam percakapan bekas Perdana Menteri itu dalam masa terdekat.

“Kita akan rakam percakapan beliau. Kita perlu rakam percakapan sebab laporan polis telah dibuat seorang ketua bahagian UMNO berhubung kenyataan Tun mengenai rasuah.

“Polis mengklasifikasikan siasatan itu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Persidangan IFSEC di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Namun, Khalid enggan memberitahu bila Dr Mahathir akan dipanggil untuk memberi keterangan, lapor Astro Arena.

sumber

0 Response to "Tun M Akan Disiasat Dibawah Kanun Keseksaan"

Post a Comment