Hot !

Brahim's Batal Ambil Alih Burger King







Brahim's



KUALA LUMPUR - Brahim's Holdings Bhd membatalkan rancangannya untuk mengambil alih francais Burger King di Malaysia dan Singapura apabila lebih 90 peratus pemegang sahamnya menentang cadangan itu.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Ibrahim Ahmad Badawi berkata antara alasan yang diberikan ialah rantaian makanan segera itu mencatatkan kerugian.

Penyedia hidangan dalam kapal terbang itu mengadakan mesyuarat agung luar biasa di sini hari ini untuk mendapatkan kelulusan pemegang saham bagi membeli

100 peratus kepentingan ekuiti dalam Rancak Selera Sdn Bhd, unit Ekuinas, dengan harga RM95 juta.

Rancak Selera juga merupakan syarikat pegangan bagi Cosmo Restaurants Sdn Bhd dan Burger King Singapore Pte Ltd.

Pembelian itu akan memberikan Brahim kuasa kawalan rangkaian Burger King dan peluang untuk menyepadukan portfolio sedia adanya.

Meskipun sambutan negatif daripada pemegang saham, Ibrahim berkata syarikat itu akan terus mencari pembelian baharu, tetapi masih dalam industri makanan dan minuman. - Bernama



Sumber

0 Response to "Brahim's Batal Ambil Alih Burger King"

Post a Comment