Hot !

Selfie Dalam Kokpit Punca Pesawat Terhempas, Juruterbang Maut






Los Angeles - Seorang juruterbang yang meninggal dunia dalam kejadian pesawat kecilnya terhempas adalah disebakan dia mengambil ?selfie? dalam kokpit.

Tindakan juruterbang itu dikatakan mungkin menyumbang kepada kemalangan maut itu menurut penyiasat Amerika Syarikat.

Juruterbang itu yang berusia 29 tahun dan seorang penumpang terbunuh serta-merta apabila pesawat kecil 150K Cessna jatuh terhempas di padang pada 31 Mei tahun lepas.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) menyiasat dengan menggunakan video GoPro yang diambil dalam kokpit.

Video itu menunjukkan juruterbang tersebut berulang kali mengambil ?selfie? menggunakan telefon bimbitnya yang menganggu penerbangan dan akhirnya membawa kepada kemalangan maut.

Keterangan itu konsisten dengan aerodinamik dan putaran berikutnya ke dalam rupa bumi, kata laporan NTSB.


sumber: suara.tv

0 Response to "Selfie Dalam Kokpit Punca Pesawat Terhempas, Juruterbang Maut"

Post a Comment