
Siapa sangka
setelah 10 tahun mengambil gambar gelandangan, seorang wanita akhirnya menyedari
salah seorang daripadanya adalah bapanya yang telah lama terpisah.
Diana Kim
merupakan seorang jurugambar yang dipertanggungjawabkan untuk mengambil gambar
gelandangan di sekitar kawasan Hawaii.
Setelah
10 tahun melakukan pekerjaan itu, Diana menyedari bahawa salah seorang
gelandangan tersebut adalah bapa kandungnya yang terpisah sejak dia berusia 8
tahun selepas kedua ibu-bapanya bercerai.
Melalui
blognya, homelessparadise.com, Diana berkata, dia bertemu bapanya ketika
mengambil gambar di sekitar Honolulu pada tahun 2012, dan kemudian dia menyedari
bapanya adalah di kalangan gelandangan yang tinggal di kawasan
berkenaan.
“Dia
menghidap penyakit schizophrenia dan selalu bergaduh dengan seseorang yang tak
wujud.” katanya.
Tambah
Diana, sebelum ini, neneknya pernah memaklumkan kepadanya mengenai kesihatan
mental bapanya yang merosot namun tiada siapa yang mengetahui di mana bapanya
itu tinggal.
Selepas
bertemu semula dengan bapanya itu, Diana mencuba sedaya upaya untuk mendekati
dan memberikan bantuan kepada bapanya itu walaupun bapanya itu
enggan.
Bagaimanapun
selepas bapanya mendapat serangan jantung pada tahun 2014, dia akhirnya
bersetuju untuk dirawat.
Setelah
menjalani beberapa siri rawatan, bapanya kini kembali pulih dan menjalankan
kehidupan normal.
-Sinar
0 Response to "Gelandangan itu bapa kandungku rupanya !"
Post a Comment