CARA MELAKSANAKAN SEDEKAH
SUBUH.
1. Sediakan sebuah bekas transparent (pandang
tembus) seperti bekas kuih raya dan label SEDEKAH SUBUH + NAMA
ANDA.
2. Letakkan tabung itu depan tempat anda solat
subuh setiap hari (supaya tak lupa)
3. Setiap hari selepas solat subuh anda
masukkanlah sedekah anda dalam bentuk wang tunai - tak kira berapa RM/sen ikut
ikhlas - sewaktu hendak memasukkan sedekah itu, anda niatlah apa hajat hati anda
dengan terperinci (untuk dunia dan akhirat)
4. Doa lagi selepas memasukkan wang itu dengan
bahasa yang mudah dan anda sendiri faham (doa awal pagi akan diaminkan oleh para
malaikat )
5. Waktu mustajab ialah waktu matahari mula
terbit (selepas solat subuh) dan sebelum waktu syuruk. Kalau dah terlepas waktu
tersebut, masukkanlah juga tetapi kalau nak waktu yang paling mustajab, maka
segerakanlah. Jangan terlepas waktu syuruk tu.
6. Simpan selama 40 hari atau 30 hari untuk
memberikan kesan disiplin dan istiqomah dalam rutin hidup anda.
7. Secara sedar buat muhasabah diri/memikirkan
apakah nikmat yang anda terima hari ini? ( seperti ganjaran wang
ringgit/ketenangan hati/kemudahan untuk bertugas, berniaga/kesihatan diri dan
keluarga) kerana maksud rezeki dan nikmat Allah itu amat luas.
8. Apabila sampai ke hari 40 anda keluarkan
duit tersebut dan agihkan kepada anak yatim dengan memberi makanan sarapan pagi
(itu antara amalan yang terbaik) atau apa saja amalan lain. Teruskan ke hari 31
atau ke 41, jangan berhenti
9. Sekiranya anda keluar out station atau anda
balik kampung atau anda berada di luar dari rumah anda, selepas subuh keluarkan
juga SEDEKAH SUBUH itu dan masukkan ke dalam sampul surat atau bekas lain dalam
beg tangan anda, dan bila balik rumah pindahkan ke dalam tabung SEDEKAH
SUBUH
APA NAK BUAT DENGAN DUIT ITU?
Antara cadangan :
1. Beri makan sarapan pagi kepada anak yatim
dan miskin:
Ada hamba Allah yang bertugas melaksanakan
kerja amal ini, setiap pagi dia bangun jam 2.00 atau paling lewat jam 3.00 pagi
untuk memasak bagi anak-anak yatim tu.
Duit yang dikumpulkan diamanahkan kepadanya
untuk dia memasak dan mengagihkannya.
Setiap hari seramai 30-40 orang anak yatim dan
miskin mendapat sarapan pagi hasil dari wang SEDEKAH SUBUH hamba-hamba
Allah.
Ada yang sudah mula mengamalkannya selama10
tahun yang lepas
2. Cadangan kedua:
Agihkan kepada mana-mana pihak yang memerlukan,
masjid, sekolah, fakir miskin secara individu
TUGAS ANDA SEKARANG?
1. Laksanakan SEDEKAH SUBUH
2. Viralkan projek ini - saham viral ini akan
menjadi bonus anda di akhirat nanti
DAN JANGAN LUPA - siarkan kisah suka duka anda
kepada sahabat2 anda atau kongsikan di kumpulan whatsapp anda
Cuba amalkan PROJEK SEDEKAH SUBUH ini bermula
dari kampung hingga ke peringkat daerah dan kalau boleh terapkan bersama jemaah
yang anda dirikan...
Ini akan menjadi dakwah kepada kita
semua.
Selamat beramal dan semoga kumpulan SEDEKAH
SUBUH akan berkembang dengan berkat kerjasama serta sumbangan ikhlas anda semua.
Credit Ustaz
Nasir
0 Response to "Keajaiban sedekah subuh dan cara melaksanakannya"
Post a Comment