Hot !

Majun Hilang Nyawa RM1.50






Kuala Lumpur: Orang ramai dinasihati berwaspada dan tidak terpedaya dengan penjualan beberapa majun yang didakwa kononnya boleh menyembuhkan penyakit asma dan gout.
Majun dijual pada harga RM1.50 sepaket itu dikesan mudah dibeli orang ramai kerana dijual di kedai runcit selain premis menjual ubat tradisional.
Jurucakap bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, majun yang dijual tanpa mendapat kebenaran KKM itu dikesan mula memasuki pasaran sejak sebulan lalu.
Menurutnya, peniaga dan pengimport produk haram itu menggunakan kaedah pengiklanan agresif dengan mendakwa ia mampu menyembuhkan pelbagai penyakit serius antaranya lemah tenaga batin, sakit sendi dan pinggang, resdung, sakit belakang selain asma dan gout.
Produk itu diuar-uarkan halal dan mendapat pengiktirafan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Malah unsur agama diselitkan dengan dakwaan ia boleh mengatasi masalah sakit lutut ketika mengambil wuduk dalam tempoh tiga hari,? katanya.
Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Mazlan Ismail berkata, pihaknya percaya produk majun itu mengandungi kimia steroid atau dexamethasone.
Menurutnya, dexamethasone adalah kortikosteroid yang digunakan untuk rawatan masalah bengkak dan radang yang serius.
Beliau berkata, kimia dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisional dan penggunaan kimia itu secara berpanjangan memberi kesan sampingan serius.
Ia boleh membahayakan kesihatan pemakannya seperti lemah otot, rapuh tulang dan peningkatan gula dalam darah.
Hentikan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk itu kerana melanggar Akta Jualan Dadah 1952 serta Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,? katanya.



- hmetro.com.my

0 Response to "Majun Hilang Nyawa RM1.50"

Post a Comment