Hot !

Lelaki Direman 3 Hari Curi Anak Beruk




JERTIH - Seorang pemuda berusia 24 tahun ditahan reman selama tiga hari selepas didakwa mencuri seekor anak beruk jantan dalam kejadian di Kampung Tok Has, dekat sini, kelmarin.

Perbuatan pemuda dari Kampung Pangkalan Sentul itu terbongkar setelah disedari abang pemilik beruk berkenaan yang kemudian melaporkan perkara tersebut kepada adiknya.





Suspek ditahan reman tiga hari selepas dipercayai mencuri seekor beruk, kelmarin


Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, pemilik beruk berkenaan menyedari kejadian itu selepas dihubungi abangnya mengatakan ada seorang lelaki mencuri beruk jantan yang ditambat di kawasan rumahnya, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Menurutnya, mangsa, peniaga berusia 25 tahun yang ketika itu berada di Kampung Apal, kemudian pulang dan mendapati haiwan kesayangannya bernilai RM300 itu sudah tiada.

Mangsa mengesyaki seseorang mencuri anak beruk itu sebelum bertindak ke rumah suspek di Pangkalan Sentul untuk mencari beruk berkenaan. Setibanya di rumah suspek, mangsa mendapati beruk miliknya itu ditambat di bawah rumah.

"Mangsa kemudian mencari suspek yang dikenalinya itu seterusnya membawa suspek pulang ke rumahnya dan mengambil beruk itu, sebelum mangsa menghubungi polis dan menyerahkan suspek kira-kira jam 5.30 petang. Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Jertih untuk tindakan lanjut, katanya.

Suspek ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut dan saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah methamphetamine (pil kuda).

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 /511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.



- sinarharian.com.my

0 Response to "Lelaki Direman 3 Hari Curi Anak Beruk"

Post a Comment