Hot !

2 gadis kolej jatuh tersembam atas jalan diragut






Dua pelajar wanita KPTM dilaporkan cedera, setelah diragut dua lelaki bermotosikal di Taman Guru, tengah hari semalam.

KUANTAN, 24 Februari: Dua pelajar wanita Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dilaporkan cedera, setelah diragut dua lelaki bermotosikal di Taman Guru, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, pelajar berumur sekitar 20-an berkenaan sedang bermotosikal untuk pulang ke taman itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata, dua lelaki berkenaan menghampiri mangsa, sebelum meragut beg tangan mereka sehingga menyebabkan motosikal mereka terjatuh dan kedua-duanya mengalami calar serta luka di badan.

Pihak polis sedang mengenal pasti peragut terbabit menerusi rakaman kamera litar tertutup yang terdapat di taman berkenaan,? katanya.

Dalam pada itu, sebuah klip video memaparkan insiden berkenaan menjadi viral di laman media sosial.

Kejadian ragut di Taman Guru, Kuantan semalam. Mangsa adalah 2 pelajar wanita KPTM.

Modus operandinya peragut 2 lelaki mengikut mereka sejak dari bank lagi. Berhati-hatilah apabila anda baru lepas keluarkan duit dari bank, tidak rugi kita lebih berhati-hati,? tulis kenyataan di laman tersebut.



- therakyatpost.com

0 Response to "2 gadis kolej jatuh tersembam atas jalan diragut"

Post a Comment