Hot !

TNB Cadang Kusai Integrax Pada RM645 Juta













TENAGA Nasional Bhd bercadang untuk menguasai baki 77.83 peratus kepentingan dalam Integrax Bhd pada kira-kira RM645 juta.TNB kini memegang 22.12 peratus saham Integrax, demikian menurut CIMB Investment Bank Bhd, selaku wakil syarikat utiliti itu dan sebagai penasihat ke

atas perolehan tersebut."TNB akan membayar RM2.75 ke atas setiap baki saham," kata syarikat itu dan menambah ia tidak akan meneruskan status senaraian Integrax pada Pasaran Utama di Bursa Malaysia.Mengenai sumber kewangan, TNB berkata tawaran itu tidak akan gagal disebabkan kemampuan kewangan yang tidak mencukupi dan memberi jaminan setiap pemegang saham yang bersetuju terhadap tawaran itu akan dibayar penuh.Pada 5 petang, Jumaat, Integrax ditutup lima sen lebih tinggi pada RM2.31 dengan 495,500 juta saham didagangkan. - Bernama

0 Response to "TNB Cadang Kusai Integrax Pada RM645 Juta"

Post a Comment