Hot !

92 Peratus Produk Domino's Pizza Murah Selepas GST






SHAH ALAM: Dommal Food Services Sdn Bhd (Dommol), pengendali rangkaian restoran Domino's Pizza, memperuntukkan pelaburan minimum RM12.5 juta bagi pembukaan 25 cawangan baharu di seluruh Semenanjung tahun ini.

Pengurus Besar Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree Ab Rahman, berkata pembukaan cawangan baharu itu adalah sebagai tambahan kepada 128 cawangan sedia ada di seluruh Semenanjung.

"Kita sudah mengenal pasti beberapa lokasi pembukaan cawangan baharu itu antaranya termasuk di Lembah Klang dan di Pantai Timur, yang mana setiap cawangan diperuntukkan antara RM500,000 hingga RM700,000.

"Setakat ini, cawangan sedia ada hanya di Semenanjung tetapi kita juga dalam perancangan untuk memperluaskan operasi ke Sabah dan Sarawak, menjelang tahun hadapan," katanya di sini hari ini.

Hadir sama, Pengurus Kanan Pemasaran Domino's Pizza, Linda Hassan.

Mengulas perkembangan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) April ini, peneraju servis penghantaran piza itu tidak bercadang menaikkan harga produknya, sebaliknya memberi lebih penjimatan kepada pelanggan.

Mulai 16 Mac ini, Domino's Pizza melancarkan kempen 'Pay Same or Less' bertujuan memberi lebih penerangan kepada pelanggannya mengenai harga produknya tidak akan dinaikkan walaupun pelaksanaan GST dijalankan.

"Kami memberi jaminan tidak akan menaikkan harga, malah mungkin ia kekal sama atau kurang. Justeru, 92 peratus daripada produk keluaran Domino's ditawarkan pada harga kurang berbanding sebelum ini dan lapan peratus lagi harganya kekal sama.


- bharian.com.my

Related Posts :

0 Response to "92 Peratus Produk Domino's Pizza Murah Selepas GST"

Post a Comment