Hot !

Kanak-kanak Yang Menjadi Mangsa Kurung Dan Dera Masih & Trauma

Kanak-kanak malang itu mengalami gangguan psikologi dan berkemungkinan trauma, akibat kejadian itu serta berada dalam ketakutan, apabila dihampiri.

Kanak-kanak Yang Menjadi Mangsa Kurung Dan Dera Masih 'Trauma'
Kanak-kanak Yang Menjadi Mangsa Kurung Dan Dera Masih 'Trauma'

BALIK PULAU, 17 Januari: Seorang kanak-kanak yang dipercayai dikurung dan didera di Butterworth, mengalami kekurangan nutrisi sehingga menyebabkan badannya lemah dan masih trauma dengan kejadian itu.


KANAK-kanak yang dikurung dan disyaki didera bapa sendiri. (Kiri) Gambar mangsa sebelum kejadian. Gambar Harian Metro

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, pemeriksaan doktor di Hospital Seberang Jaya mendapati, kanak-kanak malang itu lemah, kerana tidak mendapat makanan dan nutrisi secukupnya.

“Selain kekurangan nutrisi, kanak-kanak itu juga mengalami gangguan psikologi dan berkemungkinan trauma, akibat kejadian itu.

“Dia berada dalam ketakutan bila dihampiri orang,” katanya pada majlis penyerahan bantuan awal persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau, hari ini.

Jelasnya, pemeriksaan juga mendapati, ada kesan lebam lama dan baru di badan kanak-kanak malang itu.

“Berdasarkan maklumat doktor yang merawatnya, terdapat kesan-kesan lebam lama dan baru di badan kanak-kanak itu,” katanya.

Dr Hilmi berkata, hospital akan melakukan pemantauan rapi terhadap kanak-kanak terbabit dan laporan lengkap akan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Kanak-kanak itu ditemui dalam kelaparan di sebuah rumah, di Sungai Dua, dipercayai dikurung dan didera, semalam.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai bapa mangsa, ditahan untuk siasatan.


Sumber : Bernama

0 Response to "Kanak-kanak Yang Menjadi Mangsa Kurung Dan Dera Masih & Trauma"

Post a Comment