Hot !

Warga Indon Gembira Dapat Pengampunan Daripada Kerajaan Malaysia






Abu Bakar Sidek Hasan (kanan) bertanyakan sesuatu kepada sebahagian daripada warga asing yang dibebaskan sewaktu Program Pengampunan di Kompleks KDN, Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini. ? UTUSAN/Azli Ahad

MELAKA 6 Jan. ? Tiada yang lebih menggembirakan bagi seorang warga Indonesia, Andy Wirawan, 30, selain mendapat pengampunan daripada kerajaan Malaysia dan dapat membawa pulang keluarganya ke negara asal untuk memulakan kehidupan baru.

Menurutnya, di bawah program serah diri secara sukarela, 3+1 oleh Jabatan Imigresen yang dijalankan sejak 27 Julai tahun lalu, impiannya untuk pulang ke negara asal bagi menyekolahkan anak-anak serta membuka sebuah kebun di negaranya kian tercapai.

?Saya sudah 11 tahun tinggal di negara ini dan sudah tiba masanya untuk saya pulang ke negara asal bersama keluarga, saya tidak mahu fikir apa lagi selain mahu menyekolahkan anak-anak.

?Gembira dapat bawa balik isteri dan anak ke sana kerana ketika saya ke sini dahulu menaiki tongkang dari Acheh ke Pelabuhan Klang, saya masih bujang. Memang ini merupakan saat-saat yang paling saya nantikan kerana sebelum ini tidak mendapat pengampunan,? katanya ketika ditemui di Pejabat Imigresen ne*geri di Ayer Keroh di sini baru-baru ini.

Andy yang merupakan pekerja kebun di Muar, Johor telah berkahwin pada tahun 2003 dengan Noraini Luginan, 30, dan dikurniakan tiga anak berusia antara setahun hingga lima tahun.

Kata Andy, program pengampunan tersebut wajar diteruskan bagi membolehkan lebih ramai warga asing sepertinya mendapat pengampunan dan pulang ke negara asal.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Imigresen negeri, Abu Bakar Sidek Hasan berkata, sehingga akhir tahun lalu, lebih 6,000 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) telah didaftarkan oleh Jabatan Imigresen negeri menerusi program tersebut.


sumber: utusan.com.my

0 Response to "Warga Indon Gembira Dapat Pengampunan Daripada Kerajaan Malaysia"

Post a Comment