Georgetown:Seorang lelaki patah kaki kanan selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan lori lalu jatuh ke dalam gaung lebih dua meter di Empangan Air Itam, di sini, 4.20 petang semalam.
Malah, mangsa berusia 34 tahun bernasib baik kerana tersangkut pada sebatang pokok, sekali gus mengelak daripada terjatuh ke bahagian lebih dalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridaltrash Wahid berkata, mangsa dari arah Empangan Air Itam untuk turun ke bawah sebelum bertembung dengan lori yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun.
Beliau berkata, akibat kejadian itu motosikal mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan jatuh di tepi gaung dan mangsa turut terjatuh ke bawah sejauh lebih dua meter.
Katanya, mangsa dinaikkan dari gaung dengan bantuan bomba sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.
sumber: hmetro.com.my
0 Response to "Dah Patah Kaki, Terjatuh Gaung Pula"
Post a Comment