KEROPOK lekor begitu sinonim dengan Terengganu, selain terkenal dengan nasi dagang kerana keenakan rasa ikannya pasti memecah selera orang yang baru pertama kali merasainya.
Keropok lekor boleh didapati dalam pelbagai saiz sama ada kecil atau besar amat digemari bukan sahaja rakyat tempatan malah pelancong dari luar negara.
Siti Hajatul Asma Abdul Rahman (kanan) bersama Siti Nurul Shahirah Ali sedang menyiapkan tempahan pelanggan di kedai 2K 2L, di Kampung Losong Feri.

Pengusaha keropok lekor, Ayob Abdullah berkata, siapa sahaja yang datang ke Terengganu memang tidak akan melepaskan peluang untuk merasai keenakan keropok lekor.
?Sebut sahaja Terengganu, pasti orang akan ingat keropok lekor kerana makanan ini menjadi makanan pilihan sejak turun temurun, apatah lagi ia boleh dimakan pada bila-bila masa tanpa mengira waktu.
?Keenakan rasa ikan yang segar menjadikan keropok lekor mendapat sambutan sehinggakan bukan sahaja orang Terengganu belajar membuat keropok ini, tetapi negeri lain pun belajar benda yang sama (membuat keropok),? katanya ketika ditemui di gerai 2K 2L di Kampung Losong Feri, di sini.
Ayob berkata, proses membuat keropok lekor sangat ringkas dan tidak memerlukan begitu banyak bahan mentah memberi satu kelebihan kepada mereka yang ingin belajar cara membuatnya.
Keropok lekor juga boleh dimakan bersama mi goreng, nasi goreng atau dimakan begitu sahaja bersama air lada (sos pencicah) yang dimasak khas oleh pengusaha keropok.
Kebiasaannya kuantiti ikan menjadikan rasa keropok lekor lebih sedap.
Keenakannya lebih terasa apabila makan keropok lekor yang baru direbus atau digoreng ketika masih panas bersama sos.

0 Response to "Sebut Terengganu Ingat Keropok Lekor"
Post a Comment