Bekas anggota kumpulan Elite, Linda Rafar
hari ini mengakui sudah tawar hati dengan suaminya, pelakon, Syed Aiman
selepas mendakwa dirinya diceraikan pada Selasa lalu. Beliau berkata, dirinya
trauma dan fobia dengan kemelut yang melanda rumah tangganya itu
lebih-lebih lagi apabila kini sedang hamil tiga bulan.
“Saya binggung dan sedih sebab tidak tahu apa punca sebenarnya. Ketika kejadian saya terpingga-pingga,” katanya kala ditemui BH Online.
Terdahulu, Linda menyerahkan borang pengesahan
lafaz cerai. Mengulas lanjut, Linda berkata, setelah mendapat nasihat kakak dan
ibunya beliau membuat keputusan untuk mendapatkan pengesahan cerai di mahkamah
supaya perkara itu lebih jelas.
“Apa yang saya dengar saya memang diceraikan, cuma saya rasa biar mahkamah yang putuskan kerana itu jalan terbaik,” katanya.
Beliau juga mengakui sudah bersedia untuk
berdepan dengan apa juga kemungkinan dan mengakui tindakan itu diambil setelah
bersabar terlalu lama. Linda juga meminta supaya suaminya bertanggungjawab
dengan tindakan yang dibuat dan jangan menafikannya terutama dengan pihak
media.
“Mengaku dan buang ego. Jangan buat seolah-olah saya mereka cerita. Saya sedih dengan apa yang berlaku,” katanya
Linda dalam nada sebak berkata, tidak ada
siapapun yang mahu perkara ini terjadi lebih-lebih lagi beliau yang baru
kehilangan anak dan sedang hamil.Bagi dirinya, semua yang terjadi adalah dugaan
hidup dan berharap akan terus kuat.
Di tanya adakah beliau sedia kembali menjalani
hidup bersama suami sekiranya lafaz cerai itu tidak sah, Linda diam
seketika.
“Saya fobia anda ia berlaku lagi. Jujurnya saya sudah tawar hati dan saya rela menjadi ibu yang mengandung tanpa suami,” katanya.
0 Response to "LUAHAN SAYU LINDA RAFAR SELEPAS SERAHKAN BORANG PENGESAHAN LAFAZ CERAI"
Post a Comment