SEMENYIH - Seorang wanita memuat naik beberapa
gambar dan luahan amarahnya di Facebook berikutan penemuan yang mengejutkan di
pasar raya Tesco Isnin lalu.
"ini yang berlaku dan saya sendiri lalui. Betapa kita dipermainkan. Memang sentap aku! Bukan nak boikot tau. Aku sendiri beli barang kat situ. Tapi jadi macam ni, apa korang rasa? Sentap ke tak? Siapa-siapa nak viralkan gambar ini, silakan sebab ini perkara sebenar,"
katanya Sharifah Norzainah Achopa.
Difahamkan, Sharifah berang dengan tindakan Tesco
Semenyih yang meletakkan produk makanan tin tidak halal bersama dengan produk
makanan halal.
Selain itu juga, beliau juga mengesan air akuarium
diletakkan bersebelah dengan produk minuman.
Tindakan Tesco Semenyih ini mengundang persoalan,
apakah mereka tidak peka dan sensitif terhadap susun atur produk makanan dan
minuman?
Justeru itu, Sharifah menyeru agar orang ramai
memboikot pasar raya berkenaan.
"Jom boikot depan ni. Kena bersatu agar mereka terasa
kesannya," katanya.
0 Response to "'TENGOK TU, TIN BABI ! HANYA DI TESCO !' - Gadis Dedah Pasaraya Tesco Mempermainkan Umat Islam"
Post a Comment