Penyanyi dan pelakon Linda Rafar, 37,
menghantar borang permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat suaminya, Syed
Aiman, 40, di pejabat pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam di sini, hari
ini.
Linda yang juga bekas anggota kumpulan Elite
selaku plaintif menghantar borang itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Linda yang berpakaian jubah hitam tiba pada
9.30 pagi bersama beberapa ahli keluarganya.
Linda berkata, suaminya melafazkan cerai
terhadapnya kira-kira 7.30 pagi Selasa lalu di kediaman mereka di sini dengan
disaksikan ibu dan dua anaknya.
Linda yang kini hamil tiga bulan berkata, dia
sukar menerima tindakan suaminya itu kerana dia tidak melakukan apa-apa
kesalahan malah sentiasa bersabar dengan apa saja dugaan dalam rumah
tangganya.
"Saya fobia dan tawar hati dengan dia terhadap
apa yang berlaku ini malah dia tidak mengaku dengan apa yang dilafazkan,"
katanya.
Syed dan Linda mendirikan rumah tangga pada 2
Disember 2006 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 6, dan Syed
Rezariiq, 3.
Menerusi perkahwinan pertama Linda bersama
Keifli Othman, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Rezaril Keiflin, 14, dan
Rezaiman Keiflin, 12.
Bagaimanapun Rezaiman atau Memen meninggal
dunia akibat kanser perut 5 Julai tahun lalu. - HM
0 Response to "Linda Rafar Mohon Pengesahan Lafaz Cerai 'Saya Fobia & Tawar Hati Dengan Dia...'"
Post a Comment