KUALA SELANGOR -
Seorang lelaki Cina dibelasah sekumpulan lelaki Melayu di sebuah restoran
selepas terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa seorang wanita.
Dalam kejadian
yang berlaku di Assam Jawa itu, lelaki terbabit dibelasah orang ramai kerana
didakwa melarikan diri dan makan di restoran bersama dengan ahli keluarganya
setelah melanggar seorang penunggang motosikal wanita.
Difahamkan, mangsa
berusia 30'an yang juga anak yatim, dalam perjalanan pulang kerja dari Shah
Alam. Apabila tiba di satu simpang, mangsa cuba memberi laluan kepada suspek.
Namun suspek memandu dengan laju lalu merempuh mangsa menyebabkan mangsa
tercampak ke dalam longkang bersama dengan motosikalnya.
Ketika ditemui,
mangsa dikatakan masih bernyawa dan dipercayai lehernya patah. Suspek juga
dikatakan sempat menjenguk mangsa yang berada di dalam longkang. Namun bertindak
meninggalkan mangsa dan pergi makan di restoran berhampiran.
Orang ramai yang
berjaya mengesan kereta suspek, terus bertindak menahannya di restoran terbabit
untuk diserahkan kepada pihak polis. Malangnya, suspek melawan dan berlaku
sedikit pergelutan sebelum suspek mengalah dan melarikan diri masuk ke dalam
kereta peronda polis yang tiba di lokasi.
Mangsa di
sebelah kanan
Suspek kes langgar
sedang makan di restoran.
Kereta suspek
Mangsa
0 Response to "Lelaki Cina BIADAP ! Langgar Anak Yatim Hingga Mati Dan Melarikan Diri"
Post a Comment