Hot !

Maut Motosikal Bertembung Dengan MPV




Kuantan: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas bertembung dengan kenderaan lain yang secara tiba-tiba memasuki laluannya, di Kilometer 33, Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran jambatan Sungai Baging dekat sini, petang tadi.



Kejadian kira-kira 4 petang itu menyebabkan mangsa, Mohd Abd Mubin Mohamed, 40, dari Kampung Darat Sungai Ular,dekat sini, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Deputi Superintendan Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kejadian berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu seorang lelaki dari arah Kemaman, Terengganu ke bandar ini secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

Katanya, mangsa yang menunggang motosikal berkuasa tinggi itu gagal mengelak MPV terbabit sebelum kedua-duanya bertembung.


"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini," katanya.

0 Response to "Maut Motosikal Bertembung Dengan MPV"

Post a Comment