Alor
Setar: Dua kanak-kanak bersaudara maut apabila dirempuh kenderaan pelbagai guna
(MPV) sebelum tercampak kira-kira 10 meter ketika sedang melintas untuk ke surau
di Jalan Datuk Kumbar di sini, malam tadi.
Dalam
kejadian kira-kira jam 8.30 malam, dua sepupu itu, Abdul Ghaffar Ibrahim, 9, dan
Azraie Mohamad Shariff, 8, dipercayai sedang dalam perjalanan dari rumah nenek
mereka di Kampung Pengapit Batu, di sini ke surau berhampiran bagi menunaikan
solat Isyak.
Difahamkan,
kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala sebelum
mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini,
malam tadi.
Ketua
Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi
mengesahkan kejadian.
"Kes
disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,"
katanya.
0 Response to "Ajal Ke Surau Untuk Solat Isyak"
Post a Comment