Baling:
Akibat kesempitan hidup, sepasang suami isteri serta empat anak mereka yang juga
orang kurang upaya (OKU) terpaksa berhimpit tempat tidur dan tinggal di rumah
usang di Kampung Ulu Tawar, Mukim Bakai.
Pasangan
Abdullah Md Jin, 56, dan isterinya, Halifah Othman, 44, dikurniakan empat anak
yang dilahirkan OKU iaitu Mohd Rasul Abdullah, 11, Mohd Aziz, 10, Siti Rosila,
9, dan Siti Noorbaiyah, 4.
Menurut
Halifah, mereka tinggal di tanah rizab kerajaan sejak 30 tahun lalu dan tidak
mampu membina kehidupan yang lebih baik memandangkan suaminya hanya bekerja
kampung dan memandu teksi sejak lima tahun lalu.
Beliau
berkata, suaminya yang menghidap penyakit kencing manis, jantung dan buah
pinggang tidak mampu melakukan kerja berat dan mengambil upah memandu teksi
dengan pendapatan tidak menentu bergantung kepada perkhidmatan pelanggan.
“Selain
itu, suami saya juga pernah menjalani pembedahan kedua-dua belah mata, empat
tahun lalu, kerana matanya kabur akibat kencing manis yang tinggi.
“Kami
sekeluarga bergantung hidup dengan pencarian rezeki suami kerana saya terpaksa
menguruskan semua anak-anak OKU,” katanya ketika ditemui di rumahnya,
semalam.
Halifah
berkata, suaminya keluar awal untuk mencari rezeki apabila dia sihat manakala
tiga anaknya dihantar belajar di Pusat Dalam Komuniti (PDK) Ulu Bakai, kira-kira
10 kilometer dari rumahnya.
“Anak
saya yang bersekolah di PDK diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
untuk mengambil dan menghantar mereka ke pusat itu setiap hari
persekolahan.
“Malah,
kami juga menerima bantuan barangan makanan daripada JKM setiap bulan seperti
beras, gula, tepung, susu, bawang, cabai, ikan sardin dan roti,” katanya.
Halifah
yang menghidap sakit jantung dan lutut juga terpaksa mendapat rawatan di klinik
setiap bulan.
“Saya
memerlukan sebuah rumah yang lebih selesa untuk kemudahan anak-anak memandangkan
mereka semua OKU dan memerlukan perhatian setiap masa.
“Mujurlah
selama ini tinggal di tanah rizab kerajaan, kalau menumpang tanah milik orang,
sudah tentu kehidupan kami lebih malang,” katanya.
Menurutnya,
mereka menggunakan bekalan air masyarakat dengan bayaran RM3 sebulan yang dapat
menjimatkan kos sara hidup.
“Rumah
kami yang daif sering terdedah bahaya dimasuki haiwan berbisa seperti lipan dan
ular. Rumah kami mudah dimasuki haiwan itu kerana berlubang di setiap penjuru,”
katanya.
0 Response to "Hidup Berhimpit-Himpit"
Post a Comment