
HOUSTON – Seorang warga
emas di Texas, Amerika Syarikat terpaksa menjalani pembedahan untuk menanam
tangannya yang teruk terbakar ke dalam perutnya, bagi memberi masa kepada kulit
tangannya untuk sembuh.
Frank Reyes yang berusia 87
tahun itu hampir kehilangan tangan selepas sebuah treler menghempap sebelah
tangannya ketika dia sedang menukar tayar kenderaan tersebut, lapor media
tempatan.
Dia terpaksa menahan
kesakitan selama sejam sebelum bantuan tiba, dan ketika itu dengan suhu yang
panas, menyebabkan besi itu membara. Ia hampir menyebabkan tangan Reyes
`masak’.
Warga emas itu kemudiannya
dikejarkan ke Hospital Methodist Houston. Doktor terpaksa menggunakan kaedah
implan itu bagi menyelamatkan tangan Reyes.

Menurut cucunya, Casey
Reyes, agak sukar untuk menerangkan kepada datuknya itu mengenai prosedur yang
akan dilalui dalam pembedahan berkenaan kerana Reyes mengalami masalah
pendengaran.
“Saya terpaksa menerangkan
dengan cara mudah bahawa tangannya akan dimasukkan dalam perutnya, sama seperti
tudung.
“Ia kelihatan seperti gila
tetapi datuk saya memandang saya dan bersetuju,’’ katanya.
0 Response to "Doktor Implan Tangan Warga Emas Masuk Dalam Perut"
Post a Comment