LOS ANGELES – Ketika
sebahagian besar aktres Hollywood berebut-rebut ingin memperbesarkan payudara
agar tubuh mereka tampak lebih molek, lain halnya kisah seorang pelakon wanita
terkenal ini, Sofia Margarita Vergara.
Rimas akibat payudaranya
itu sering mengembang ke semua arah ketika baring, bintang jelita Amerika
Syarikat (AS) kelahiran Colombia tersebut dilaporkan media tempatan berhasrat
mahu segera mengecilkan buah dadanya.
Dia yang juga model dan
ahli perniagaan berusia 43 tahun itu mendakwa bahawa kebesaran saiz payudaranya
sehingga mencecah ukuran maksimum 32F amat menjengkelkan dirinya sendiri selain
berasa kurang selesa.
Dalam wawancara dengan
majalah ternama Vanity Fair, janda anak seorang yang masih tetap
‘bergetah’ anggun serta pernah membintangi pelbagai drama dan filem komedi itu
dilaporkan mengakui kerap mengeluh kesah.
“Percayalah andai dapat
payudara ini kecil, saya harap mampu buat satu pembedahan pengecilan buah dada.
Bayangkan jika baring, payudara ini langsung turun ke semua arah, dan ini memang
tidak lucu,” ujar Sofia.
Dia meskipun dikenali
sebagai aktres komedi menerusi siri Modern Family, The Three
Stooges dan The Smurfs, tetap kelihatan anggun setelah bercerai
kekasih zaman sekolahnya, Joe Gonzalez pada 1993 dalam usia 20
tahun.
Sofia turut cerita betapa
susah menemui coli yang sesuai. “Payudara saya sungguh besar. Sepanjang hidup,
beli bra adalah pengalaman mimpi buruk. Ketika pindah ke Los Angeles, ia cuma
ada di kedai Fredrick’s of Hollywood.
“Kedai ini membuat coli
khusus untuk pekerja seks jalanan. Anda tahu ia bra seperti penari bogel direka
asalnya untuk wanita kurus dengan bentuk payudara kecil bertukar menjadi yang
luar biasa besar seperti saya,” ujarnya.
Selain itu, kemontokan buah
dadanya turut mengundang kritikan daripada pengamat fesyen Hollywood yang
mengatakan bahawa Sofia sering kali mengenakan gaun dengan gaya yang serupa
sahaja dari masa ke semasa.
“Mungkin anda pernah baca
komen di media sosial seperti, ‘Oh, Sofia guna gaun dengan bentuk yang sama
lagi’, walhal saya ingin jawab pada mereka, ‘Gaun seperti apa yang ingin saya
kenakan pula!?’,” terangnya sedih.
Sofia memang sering kali
memakai gaun berpotongan strapless yang ikut bentuk tubuhnya, malah dia
pernah mendakwa ibunya melarang dirinya melakukan pembedahan pengecilan
payudara.
0 Response to "Seksi - Aktres Hollywood Payudara Besar Nak Pakai Coli Kecil"
Post a Comment