Ruang dan suasana di rumah
anda terlalu membosankan kerana hiasan dan perabot di dalamnya biasa-biasa
sahaja? Jika anda sedang mencari idea untuk mendekorasi rumah dengan kos yang
paling minimum, anda boleh memanfaatkan barang-barang terpakai atau yang tidak
digunakan lagi.
Dengan sedikit usaha dan
kreativiti, barang terpakai tersebut ditransformasi menjadi perabot yang
sangat cantik serta membuatkan ruang di rumah anda nampak eksklusif dan
mendatangkan suasana yang nyaman. Jom tengok gambar-gambar hiasan dekorasi rumah
yang kreatif ini.
1. Patterned
Bookcase.
Anda ada
rak buku lama atau tidak dipakai lagi? Daripada dibuang, anda boleh hasilkan
seperti gambar di atas dengan menghias rak buku tersebut menggunakan wallpaper.
Cantik kan? Mungkin sesuai untuk diletakkan di ruang tamu ataupun pejabat mini
anda.
2. Chelsea Handler’s
Office
Meja
pejabat yang tidak digunakan lagi boleh anda hiaskan menjadi meja
solek berkonsepkan retro khas untuk kaum wanita.
3. Black
Walls
Jika anda memiliki jendela
yang menghadap keluar seperti di atas, ubah catnya dengan warna hitam dan
letakkan sekali kerusi kayu yang kelihatan seperti buaian agar anda dapat
membaca dengan nyaman dan tenang di ruang tersebut.
4. Gorgeous Studio
Apartment
Ruangnya
nampak kecil dan terhad tetapi jika hiasannya tidak terlalu banyak dan
melampau, hasilnya sangat cantik bukan?
5. Reading
Nook
Dengan hiasan dalaman yang
berwarna terang, anda akan berasa lebih selesa untuk membaca buku atau berehat
di sofa ini dengan nyaman.
6. Vanity
Closet
Rak yang dihasilkan dari kayu terpakai dan diberikan sedikit
sentuhan ini pastinya akan memudahkan anda untuk menyimpan kasut dan koleksi
beg tangan anda. Ini amat sesuai sekali untuk golongan
wanita!
7.
Colourfull
Hiasi ruang kerja peribadi
anda tampak ceria dan penuh warna dengan lukisan buatan anda
sendiri.
Sumber dari
popsugar.com
0 Response to "7 Idea Kreatif Dekorasi Rumah Yang “Simple” Ini Harus Anda Cuba"
Post a Comment