Masyarakat Beijing,
Tiongkok kini dilanda demam trend terbaru yang menjadi ikutan hampir seluruh
lapisan masyarakat daripada yang muda sehingga dewasa.
Trend
yang tengah melanda kota Beijing ketika ini adalah penggunaan klip rambut
yang memiliki bentuk seperti sebatang tunas/benih tanaman atau bunga. Kalau
dilihat dari jauh, orang ramai yang mengikuti trend ini kelihatan seperti
menanam sesuatu di atas kepala mereka.
Klip rambut ini terdalam
dalam pelbagai jenis dan bentuk bermula dari benih tanaman sehingga bunga
matahari. Dari gambar-gambar yang dimuatnaik di laman web Shanghaiist.com, kelihatan ramai
penduduk kota Beijing memakai klip rambut bunga palsu
tersebut.
Tidak
diketahui bagaimana trend ini bermula tetapi pihak media di sana mengatakan
trend ini tercetus dari karakter dalam sebuah rancangan TV popular iaitu
“Pleasant Goat And The Big Bad Wolf”.
0 Response to "PELIK - Tunas Bunga Tumbuh Di Kepala, Jadi Trend Penduduk Beijing"
Post a Comment