BELURAN: Seorang wanita sanggup menjadikan
sepupunya yang berusia 31 tahun sebagai hadiah perpisahan untuk suaminya dengan
alasan lelaki itu ke Semenanjung untuk bekerja serta mendakwa sudah lama
mengidam tubuh sepupunya itu.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari di
perkampungan air di pekan Beluran, di sini, Isnin lalu, wanita berusia 46 tahun
itu dikatakan memanggil mangsa yang kebetulan melintasi rumahnya untuk ke kedai
berhampiran.
Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki
apa-apa, bertemu wanita itu dan dia dipelawa masuk serta dibawa ke dalam bilik
bertemu suaminya.
“Ketika berada dalam bilik, lelaki berusia 36
tahun itu memeluk mangsa sebelum mengheretnya ke katil.
“Mangsa meronta untuk melepaskan diri namun
gagal sebelum suspek menanggalkan pakaian wanita berkenaan dan merogolnya,”
katanya.
Menurutnya, isteri suspek yang turut berada
dalam bilik, hanya memerhatikan perbuatan keji suaminya terhadap
sepupunya.
“Selepas selesai, isteri suspek menemui wanita
itu dan berkata ‘Kasi (bagi) rasalah abangmu, nanti kempunan dia mau (mahu) ke
Semenanjung.’
“Mangsa dibawa ke tandas untuk membersihkan
diri sebelum diarah pulang,” katanya.
Sumber berkata, mangsa menceritakan kejadian
itu kepada kakaknya sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.
Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan V
Sivanathan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan itu dan pasangan suami
isteri terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.
“Siasatan juga mendapati hanya mangsa dan
pasangan suami isteri itu berada di rumah kerana anak mereka bersekolah,”
katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sivanathan berkata, mangsa masih bujang dan
mendakwa tidak pernah melakukan hubungan seks sebelum ini.
“Susulan maklumat diterima, polis melancarkan
gerakan memburu kedua-dua suspek dan mereka ditahan jam 12.20 tengah hari
semalam manakala mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent, untuk
pemeriksaan,” katanya, lapor Harian Metro.
0 Response to "Isteri Durjana ! Beri Suami Sendiri Nikmati Tubuh Sepupunya"
Post a Comment