LAS VEGAS - Seorang lelaki secara tidak sengaja
telah meniduri kembar isterinya sebelum menyedari insiden tersebut selepas
mendapati wanita yang disangka isterinya itu memiliki buah dada palsu.
Lapor Metro.uk, kejadian itu berlaku ketika
mereka bertiga bercuti di Las Vegas.
Difahamkan, mereka bertiga pulang ke bilik
dalam keadaan mabuk. Lelaki itu yang terlalu penat dan mabuk, tanpa berfikir
panjang terus baring di atas katil dan menyangka wanita di sebelah adalah
isterinya.
Lelaki itu dengan ghairahnya memeluk
'isterinya' sambil meraba buah dadanya.
"Kejadian itu berlaku pada jam 2 pagi di mana
kami semua pulang ke bilik dalam keadaan mabuk.
“Kami berpelukan dan saya mula meraba buah
dadanya. Bagaimanapun, saya mendapati buah dadanya cukup pejal seperti belon.
Dalam keadaan mabuk, saya terus tergamam dan menyedari bahawa saya telah
meniduri adik kembar isteri saya iaitu Jody,” katanya.
Selang beberapa saat selepas itu, isteri lelaki
itu masuk dan menyalakan lampu terkejut melihat suaminya dan kembarnya berada
dalam keadaan tanpa seurat benang terus menjerit pada mereka berdua.
Jeritan wanita itu membuatkan kembarnya terjaga
dan terus melompat dari katil.
Akibat kejadian itu, pasangan terbabit
dilaporkan akan berpisah.
“Walaupun mereka kembar, saya benar-benar tidak
berminat kepadanya. Jody lebih kepada seorang ‘gadis parti’. Sangat mementingkan
diri dan sia-sia (memiliki buah dada palsu). Sebaliknya, isteri saya seorang
yang manis, semula jadi, baik hati dan tidak mementingkan diri,” jelasnya.
0 Response to "Lelaki Tak Sengaja Meniduri Kembar Isteri Sendiri"
Post a Comment